Tuesday, 28 February 2017

Teknik Close Sales

Teks : Anys Idayu Zakaria 

“Dik, tak pernah nampak turun café. Tingkat berapa kerja. Staff baru ke?” Amboi rancak abang tu bertanya. Tak menyempat aku ambil makan. Tup tup tup dia bagi soalan.
.
“Tak lah, lama dah sini. Saya jarang-jarang sekali turun. Biasa bawa bekal je. Bila tak bawa bekal jadi lupa pulak nak turun makan. Heee
.
“eh, eh gitu pulak ye”.
.
Jawapan polos je aku bagi. Yelah tadi pagi bukan main aku dok merencana dalam kepala. Pukul 8.30 ni mesti turun café kejap. Kalau idak, habis la kuih muih. Ke sana ke mari, akhirnya lewat sejam aku turun.
.
Sambil tapau makan, sempat abang tu bertanya gedepak gedepuk soalan. “pernah rasa sambal ketuk makan dengan ayam berempah. Kami ada buat lunch pack tau. Siap-siap boleh terus hantar ke pejabat.”
.
“owh ye, mesti sedap ni kan. Boleh la cuba juga nanti”
.
“Boleh-boleh. Bulan depan kami baru nak buat. Boleh bagi no telefon. Nanti kalau ada kita bagitau. Tak payah susah-susah turun beli makan kan”
.
“Boleh, salinlah no saya ni. 01xxxxxx.”
.
“Terima kasih. Nanti kami bagitau” Aku pun berlalu berlenggang-lenggang membawa tapau naik pejabat.
.
Fuh, power abang ni punya marketing. Mula-mula dia ajak aku sembang. Siap tanya asal mana. Bila aku kata duduk Jb lama dah. Asal Kelantan. Mula dia bercerita pernah pergi Kelantan berjalan sana sini. 2-3 saat die tukar pula topik pada sambal ketuk. Siap dah dapat aku punya no telefon. Kira dah close sales la tu. Tinggal dia nak follow up dan promo je dengan aku. Kahkah.
.

Aku terfikir, bukan ke ni cara aku belajar teknik close sales hari tu.

1. Cari persamaan dengan pelanggan. Macam abang tu tadi, bila tau aku dari Kelantan, mula dia buka sikit cerita dia pernah ke sana.

2. Beri tawaran kepada pelanggan. Kemudian dia siap offer lunch pack pada aku. Siap bagitau lagi tak payah susah-susah turun bawah cari makan. Nampak di situ, dia tau aku ni tersangat rajin nak mencari makan. Hehehe

Belajar Membina Blog

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Pernah ada masalah macam ni “aku dah bayar mahal nak buat website, tapi bila nak guna langsung tak pandai”
.
“Aku dah ada blog, domain bayar setiap tahun, tapi duitnya habis renew domain je, langsung tak tahu nak tulis apa”
.
“Kau tahu mana tempat nak belajar buat blog sendiri. Aku dah lama berhasrat nak belajar buat sendiri. Yelah, takkan nak guna FB dengan insta juga je kan. Nak juga tambah medium lain untuk pemasaran”
.
“Aku dengar menulis blog boleh dapat duit. Betul ke? Tapi masalahnya aku tak pandai nak buat dan nak tulis apa di blog.”
.
Dah, tak payah pening-pening, saya kongsi cara penyelesaiannya kau baca bawah ni

“Kalau masuk kelas blog kami, pasti kau boleh belajar buat blog sendiri, tahu macam mana nak edit dan tulis blog. Tak payah membazir upah orang, kemudian tak tahu nak edit dan tulis macam mana.”
.

Suka tak. Kan dah selesai masalah.

Khas untuk kalian yang mahu bagaimana membina sebuah blog bisnes. Belajar langkah demi langkah membina :

1. Email
2. Google + akaun
3. Blogspot
4. Masukkan label
5. Masukkan "gadget-gadget" penting di blog bisnes.
6. Page
7. Borang tempahan
8. Link kan FB ke blog
9. Link kan Fanpages ke blog
10. Cara masuk gambar

Tarikh : 10 – 31 MAC 2017
Masa : Flexible
Yuran : RM250    
Tempat : Kelas secara online dalam GROUP WA & FB

* Pelajar turut akan menerima 6 ebook bonus
1. Ebook asas blog wajib baca sekli sebelum mula kelas
2. Ebook mula bisnes butik
3. Ebook super wahm supermom
4. Ebook 101 idea home based bisnes
5. Ebook 10 langkah mudah bina kedai online
6. Ebook yeay mama sudah resign

Semua untuk bacaan dan motivasi kecuali ebook blog sebagai ebook rujukan di kelas. Saya hanya perlukan 10 pendaftaran sahaja. Siapa cepat dia ada dapat belajar dulu.

Kalian boleh lihat contoh blog pelajar bulan ini. Http://irdarina.blogspot.com

BERMINAT, WA 0177912993. 10 orang sahaja tau.

Saturday, 25 February 2017

Sebarkan Persahabatan di FB

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Perkenalan dengan Kak Masayu Ahmad yang secara tiba-tiba kerana aku sedang mencari peluang menjalankan bisnes online, masih berpanjangan hingga kini. Hampir 6 tahun. Aku kutip kata semangat melalui penulisan beliau.

Ketika aku perlukan seseorang, sebagai bahu sebelah untuk aku berkongsi sedikit luahan untuk melepaskan kelegaan rupanya beliau jugalah yang aku pilih. Bukanlah niat untuk berkongsi masalah. Tapi beliau sendiri akhirnya perasaan aku sedang dilanda keresahan. Hanya kerana aku tidak aktif berFB beberapa hari. Katanya, aku yang kuat semangat, sentiasa bermotivasi tiba-tiba senyap pasti ada sesuatu yang melanda. Benar sekali telahan beliau. Orang kata, kawan ketawa memang mudah dicari. Kawan menangis, sendiri. 

Kalian rasa dilanda resah, stress, kurang motivasi bacalah kisah perkongsian beliau di blog, FB atau di ruangan penulisan beliau dalam Majalah Mingguan Wanita. Insya Allah kalian pasti akan terinspirasi dengan setiap bait tulisan beliau.

Apa kata kalian add atau follow beliau di FB. Follow rapat-rapat tau. Kalian tak akan rugi malah untung berganda kerana dapat baca pelbagai kisah perkongsian dan motivasi dari beliau.

#kempenSilaturrahimKawanFb Ayuh sebarkan persahabatan dengan rakan FB.
.
Anys Idayu Zakaria (Aiz)
PA Unit Silaturrahim

Friday, 24 February 2017

Belajar Membina Blog Bisnes

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Khas untuk kalian yang mahu bagaimana membina sebuah blog bisnes. Belajar langkah demi langkah membina :

1. Email

2. Google + akaun


3. Blogspot


4. Masukkan label


5. Masukkan "gadget-gadget" penting di blog bisnes.


6. Page


7. Borang tempahan


8. Link kan FB ke blog


9. Link kan Fanpages ke blog


10. Cara masuk gambar


Pendaftaran dibuka untuk Kelas Bulan Mac (10-30 Mac). Kelas secara online di Whatspp group.

Saya hanya perlukan 10 pendaftaran sahaja. Siapa cepat dia ada dapat belajar dulu.

Kalian boleh lihat contoh blog pelajar bulan ini. Http://irdarina.blogspot.com

BERMINAT, WA 0177912993. 10 orang sahaja tau.

Thursday, 23 February 2017

Tip Menyimpan Duit

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah syukur, ramai sudah gaji hari inikan. Tak sedar rupanya 35 hari tanpa gaji sepanjang bulan Januari lepas sehinggalah hari ini. 

Antara tip yang saya sedang praktikkan dalam urusan menyimpan wang :

1. Simpan duit hijau dan duit oren 

2. Simpan RM10 sehari. Sebulan sudah jadi RM300

3. Bersedekah setiap awal pagi. Biasanya saya hanya gunakan Maybank atau CIMB sahaja untuk membuat sumbangan.

4. Catat setiap hari duit yang dikeluarkan untuk perbelanjaan.

Cara ini sebenarnya tidak praktikal untuk semua. Bagi yang sedang giat berusaha menyimpan wang, mungkin boleh cuba praktikkan. Sebenarnya kita sedang melatih diri untuk lebih berjimat dan menyimpan wang setiap hari. Cubalah moga berjaya.


.
Anys Idayu Zakaria (Aiz)
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Tuesday, 21 February 2017

Tip Beriklan Melalui Penulisan

Teks : Anys Idayu Zakaria 
 
"Kak, saya ni sebenarnya penat dah buat iklan 100 kali pun tak de orang terpikat. Boleh tolong bagi tips sikit"

"Ni yang saya kongsikan bukanlah tip sangat pun. Ni apa yang saya dan kawan-kawan FB praktikkan. Senang sangat. Kalian suka tulis? Kalian tulis sahaja cerita. Macam kita belajar menulis karangan gitu. Cerita apa-apa sahaja kaitan tentang kehidupan, ulasan peristiwa, kisah jenaka, kisah bisnes, jatuh bangun dalam dunia bisnes. Orang sekarang suka baca kisah begini. Secara tak langsung orang akan tahu kalian  berbisnes apa, melalui penceritaan yang ditulis."

"Betul ke. Macam tak percaya sahaja?"

" Cuba pergi buka FB. Follow rakan-rakan yang suka menulis. Ada kalian tengok mereka iklan memanjang. FB pun penuh cerita tah apa-apa. Ada yang kelakar, ada yang sedih, ada yang bermanfaat. Kadang tu, nak cari iklan sehari pun susah. Tapi orang tau je mereka bisnes apa. Belajar lah dari cara mereka. Mereka tulis dan kongsi. Orang suka baca apa mereka tulis. Jadi orang followlah mereka. Sekali sekala up iklan pun ramai yang terpikat. Beriklan pun gaya tak iklan. Orang pun tak tahu sebenarnya mereka tengah menjual. Agak-agak tak yakin lagi, follow FB mereka. Tiruvasi cara mereka.

Kalau rasa bermanfaat cubalah praktikkan. Mudahan berjaya. Carilah idea nak menulis ye.

.
Anys Idayu Zakaria (Aiz)
Sekadar berkongsi tip.

Monday, 20 February 2017

Bank Idea

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Nak bagi mudah menulis kalian buat bank idea. Ramai otai dan sifu bisnes semua sudah buat. Kita nak mahir menulis juga mesti ikut seperti mereka. 

Kalian rasa apa faedah ada bank idea ni? 
Tulislah apa sahaja yang terlintas di fikiran. Seperti dalam buku "Menulis Buku Pertama". Tak kisahlah nak mula dari pengenalan, isi atau penutup. Tulis sahaja. 

“Saya tak sempat la nak pegang buku, pen. Macam mana nak menulis?”

 Aduh, mudah sangat dik. Kalian biasa sukar berenggang dengan telefon kan. Jadi nak bagi mudah, tulis sahaja di Google Doc, dalam Google Drive. Biasanya di telefon sudah ada google drive. Kalian buka google drive, cari google doc. Download sahaja masukkan ke telefon.

Kumpul semua idea penulisan di situ. Tak semestinya tulis sampai habis setiap kisah tersebut. Ada idea tulis, simpan. Peram dulu. Lain masa buka, baca tulis lagi. Ini antara salah satu teknik jika kalian belum mahu menggunakan blog sebagai medium untuk menulis.

Inilah yang saya buat sekarang. Mengumpul penulisan di Folder Bank Idea. Antara ilmu yang dipelajari ketika menghadiri Bengkel Penulisan Bersama Tn Khairul Hakimin minggu lepas. Tulis, peram, baru buat posting di FB. Cubalah semoga dapat bantu kalian menulis setiap hari.
.

Anys Idayu Zakaria (Aiz)
Akak Blogger, cari Ilham.

Sunday, 19 February 2017

Alhamdulillah Syukur

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Alhamdulillah syukur, 15 Februari lalu genap usiaku 33 tahun. Tuhan masih beri peluang untuk aku meneruskan kehidupan di dunia fana ini. Berbaki usia menuju akhirat perlu terus memperbaiki diri ke arah kebaikan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Terharu sungguh dengan ucapan doa dan ingatan daripada rakan-rakan FB, keluarga Ma dan abah.

“Selamat hari lahir kak long mogax kak long sentiasa ceria dgn likux hidup sebagai ibu tunggal dgn kerenah anakx yg sedang membesar abh dan ma sentiasa doakan kak long supaya berjaya dlm hidup dan kerjaya kak long amin” (ucapan abah)

Abah, memang sentiasa ingat tarikh lahir anak-anak, termasuk cucu-cucu beliau. Jika zaman sekolah dulu, setiap kali menyambut hari lahir, pasti abah akan hulurkan duit sebanyak RM50, sebagai tanda hadiah.  Dan pastinya aku beli buku dan simpan duit tersebut. Kini, doa dan ingatan sangat-sangat bermakna untuk aku.  

Alhamdulillah terima kasih Allah untuk kehidupan hari ini dan semalam. Semoga yang baik-baik sahaja menyinari hidupku. Semoga Engkau sentiasa permudahkan apa juga urusan kehidupanku.

Thursday, 16 February 2017

Di Mana Mahu Menjual?

Teks  : Anys Idayu Zakaria 

Facebook = Storytelling 

Jadikan FB tempat kita bercerita, berkongsi untuk membina crowd, "follower" dan berkawan.
.
Jadi di mana kita mahu menjual?

Belajar macam mana untuk buat blog dan jadikan ianya sebagai ‘kedai online’ anda yang sebenar.
Facebook sepatutnya hanyalah sebagai salah satu medium yang anda gunakan untuk mempromosikan blog anda; bukannya dijadikan sebagai sebuah ‘kedai’.

Walau apa pun yang berlaku kepada Facebook, website ataupun blog anda akan tetap setia beroperasi membuat jualan dan menerima pelanggan. (Sifu Firdaus Azizi)




Jadi kesimpulannya penting ke tak penting kita ada blog.  Menurut Sifu Firdaus Azizi seperti yang saya kongsi di atas blog atau websitelah sebagai kedai online kita.  Untuk permulaan belajar dulu dengan blog.  Bila sudah mahir kalian mahu "upgrade" ke website sudah tak jadi masalah kan.  Yang penting buat dulu yang asas sebelum pergi lebih jauh.
.


Anys Idayu Zakaria (Aiz)
Sedang belajar bercerita di FB

Minat Membaca Tukar Kepada RM

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Buku buku buku memang menjadi kecintaan saya sejak zaman sekolah lagi. Rupanya Tuhan sudah takdirkan saya yang minat membaca ni, berkongsi ilmu dan nilai yang ada dalam buku tersebut dengan menjalankan bisnes menjual buku juga.

Menempuh dunia bisnes memang macam-macam ragam. Lagilah ketika mula-mula buat bisnes dulu, memang susah sangat nak cari pembekal yang menjual buku, secara dropship. Selain menjadi agen dropship buku dengan Puan Masayu. Bila Nampak sahaja rakan yang ada jual buku yang saya minat, terus saya lamar untuk jadi agen dropship mereka. Ha ha ha. Terbalik pula. saya yang tawar diri nak jadi agen. Ada tu langsung tak tahu macam mana fungsi dropship. Sempat jugalah jadi agen beberapa orang penulis buku itu sendiri, dan rakan-rakan lain. Sebelum saya bertemu dengan Founder Gerobook, Pokcik Kancil Oyen Tuan Sazali Samsudin. Dengan beliau memang mudah, servis yang cepat, dan buku juga mudah didapati. sampai sekarang saya masih menjadi antara agen yang aktif. Chewah perasaan kah kah. 

Saya pula sebenarnya bukanlah bergerak sendiri, saya membantu rakan lain yang nak belajar berbisnes, saya tawarkan mereka untuk cuba buat dropship dengan menjual buku. Saya bentuk team dropship sendiri untuk jualan buku. Apa yang saya terapkan tak perlu bermula dengan modal besar, untung besar, janji belajar dulu cara berjualan.

Betullah kata orang minat akan menjadikan kita seronok dan kekal lama. Mula dulu saya berimpian untuk membina bisnes kedai buku, ala-ala café. Haha ini gara-gara terpengaruh dengan sebuah novel. Tapi bila fikir semula, menjual buku lebih baik kerana kita mengalakkan mereka menyimpan buku tersebut. Inilah cara bagaimana kita jadikan minat bertukar kepada RM.


Wednesday, 15 February 2017

Kata Kunci Yang Tepat

Teks : Anys Idayu Zakaria 

"Kak, ada jual jajan apa. Pemborong kedai kat mana. Boleh saya datang beli"

Amboi, laju benar kau menyoal. Sampai salam akak bagi pun tak berjawab.

"Mana dapat nombor ni dik. Akak bukan pemborong"

"Owhh hehehhe, saya google je"

Sah, ni mesti kerja google lagi memberi maklumat. Rasa macam tak percaya mari kita cuba intai apa kata google.

Betul la, muka hadapan google bila cari "kedai pemborong makanan ringan johor bahru".


Kalian nak tahu macam mana ini boleh terjadi.  Hasilnya melalui penulisan yang konsisten. Dan penggunaan kata kunci yang tepat.  Macam mana cara mencari kata kunci?

Mudahnya, apa yang kita nak cari di google, itulah juga yang orang lain akan cari. Jadikan ia sebagai tajuk entri blog, label, dan ulang-ulang kata kunci tersebut dalam penulisan kita. 

Mudahkan. Tapi sebenarnya tak mudah. Yang penting perlu tulis dan tulis supaya ianya mudah dikesan google.

Tuesday, 14 February 2017

Kelas Blog Februari

Teks : Anys Idayu Zakaria 

16 langkah mudah antara tugasan dalam kelas blog. Mereka akan bermula 12hb, hari ini dan berakhir 3 Mac bulan hadapan. Kelas berlangsung secara online di Group Whatsapp.

Tugasan sangat mudah, hanya perlu ikut panduan yang diberikan. Mereka masih boleh buat ikut ketetapan masa sendiri. Cuma disiplinkan diri lebih kurang 1-2jam sahaja sehari untuk kelas ini.

Saya sudah masukkan mereka ke kelas.  Kalian boleh nantikan 10 blog bakal siap berakhir bulan ini. Doakan mereka konsisten dan dapat siapkan semua tugasan.

Thursday, 9 February 2017

Belajar Membina Blog Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria

Kelas blog bisnes Februari 10-28hb. Khas untuk kalian yang mahu belajar membina blog langkah demi langkah, cara masuk gadget ke blog, masuk gambar, linkkan FB & PAGES, borang tempahan, menulis entri.

1. Irda Rina
2. Aqilah Rohizad
3. Zuhairi Zamani
4. Hanie Adleen
5. Maryanti Khalid
6.
7.
8.
9.
10.

5 lagi kuota kosong untuk diisi. Pemantauan bersama Pengasas ABDR, Pn Masayu Ahmad salah seorang penulis Ruangan Diari Suri Majalah Mingguan Wanita.

WA 0177912993 untuk pendaftaran.

Wednesday, 8 February 2017

Belajar Blog Langkah Demi Langkah

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Kita beli sesuatu, mesti nak tahu langkah demi langkah penggunaannya kan, bukan main redah je. Kalau main redah, tak dapat hasil seperti yang diperlu pasti rasa rugi betul. 

Sama jugalah seperti berblog, bila upah, kalian tak belajar langkah demi langkah untuk buat dan guna. Tahu-tahu siap dan nak tulis sendiri. Jadinya adalah tempang di situ, macam mana nak tulis, macam mana nak masukkan gambar tak berapa nak mahir. 

Jangan salahkan blog, salahkan masa dan salahkan diri sendiri kerana tak pandai nak guna pula. Tak pandai makan labu, labu pula di salahkan kerana tak sedap. hahah pepatah mana ni. Lapar tu tandanya.
.
Anys Idayu Zakaria
5 kosong lagi untuk kelas blog Februari.

Tuesday, 7 February 2017

Kepentingan Menulis Secara Konsisten Di Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Assalamualaikum, selamat petang. 

Kalian nak tahu, saya ada sesuatu nak kongsikan, iaitu kenapa pentingnya kita tulis blog hari ini. Mesti mula sekarang.

Semalam sahaja saya terima lebih dari 5 panggilan, mereka yang tanya My Qalam dan juga pemborong makanan ringan. Ni semua gara-gara google dah bantu sebarkan apa yang saya tulis. Dah bertahun  sebenarnya posting ini ditulis di blog tapi sampai sekarang pun ada lagi yang mencari. Kalau My Qalam tu hampir setiap hari ada sahaja mereka yang mencari.

Jadi kalau dah hilang arah punca nak menulis macam mana ye? selain dari menjual melalui penulisan kita apakah ada cara lain untuk buat duit melalui blog?

 Anys Idayu Zakaria itulah pentingnya kena terus konsisten menulis. tulis catatan harian dan catatant pengalaman, dua ini label penting membantu supaya lebih konsisten menulis setiap hari. Fokus pada label dan tajuk blog

 Dhuha Rashidi Ia bukan masa yang singkat kan cikgu

 
Anys Idayu Zakaria betul dhuha, dan bukan juga automatik, tulis sekali orang terus mahu beli

 Dhuha Rashidi Betul. Saya sekarang cuba menulis tajuk yang saya tengok ramai orang google. So sekarang tajuk yang orang cari di blog saya berkaitan kelas ,bengkel, kursus, khat untuk pelajar sekolah. Saya fokus itu dulu .nak tengok traffic macamana dalam beberapa tempoh. Kemudian. Ada satu sekolah swasta ni call saya untuk bincang hal kelas khat daerah selangor. Dia google.

Dhuha Rashidi Oh begitu ya. Patutlah cikgu kata buat saja. Hehehe. Paham sudah.


Buat sahaja, jalan terus. Jangan baru tulis sekali dua sudah tanya bagaimana mahu jana pendapatan dari blog, tulis tulis tulis. Jangan putus asa dari menulis dan berkongsi. Boleh ;)
 
Anys Idayu Zakaria
Rezeki menulis blog

Buku Yang Memberi Motivasi Dalam Bisnes

Ramai yang tanya macam mana nak dapat motivasi dalam bisnes. Buku apa yang sesuai dibaca, nak bagi terinspirasi dengan kisah kejayaan mereka. Dua buku ini wajib kalian baca jika nak dapat lebih banyak motivasi dan semangat berbisnes. Baca kisah pengalaman kegagalan mereka, dan kisah kejayaan mereka semoga kita juga terinspirasi untuk menjadi luar biasa hebat.

Jika kalian berhasrat untuk dapatkan 2 naskah buku ini, boleh hubungi saya ya. Kerana yang saya tahu keduanya agak susah untuk di cari di mana-mana kedai buku di luar. Penerbit terbit dan jual lebih pada pasaran online.

Buku Dila Mamadil RM45, Buku Bisnes Cara Kami RM28. Kos penghantaran RM11, untuk belian kalian boleh WA 017-7912993 

Tip Menulis Blog

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Tip Menulis Blog
Nak paksa diri menulis, mesti paksa diri membaca. Dengan membaca kita dapat banyak idea, dan luas penggunaan kosa kata. 

Itulah sebabnya bila penulis menulis penulisan berbentuk penyelidikan, menulis buku atau ebook perlu ada hampir 10 buah buku rujukan. Kita nak tulis satu entri pun payah nak baca 1 buku kan.

Nota hati : Awak-awak yang nak belajar menulis blog, pendaftaran untuk kelas Februari masih kosong. Saya perlukan 10 orang sahaja. Boleh WA 017-7912993 (Anies) untuk pendaftaran

Monday, 6 February 2017

Jana Pendapatan Dengan Kemahiran

Teks : Anys Idayu Zakaria

Jangan kata kepakaran dan kemahiran yang kita ada tidak boleh menjana pendapatan. Belum cuba belum tahu. Sebagai contoh, saya ada kemahiran menaip dengan pantas. Jadi saya kongsi di blog. Saya buat iklan ambil upah menaip. Ramai sangat rupanya mencari servis menaip surat ni. Selain itu kita perlu ada sikit ilmu tentang surat formal dan lain-lain jenis bentuk surat seperti resume. 

Contoh lagi, katakan awak suka memasak, kongsi dan tulis di blog dan FB. Macam mana pula proses menjana pendapatan? Awak suka berkongsi resipi dan masakan, secara tak langsung boleh buat review produk makanan dari mana-mana pembekal. Jadi dari situlah kita boleh kenakan upah servis.

Mudahkan jika buat dan fikir luar kotak pemikiran. Tengoklah macam mana Dato Vida yang merupakan Usahawan Kecantikan, jadi duta untuk produk susu creamer. Macam tak de kaitan, tapi di situlah kreatifnya mereka untuk menjana pendapatan.

Tapi kalau masih rasa tak mahir nak menulis, nak bina follower, suka saya cadangkan kalian belajar bagaimana membina pengaruh melalui penulisan. Bila dah ada ilmu ini dengan mudah kita boleh menulis kepakaran yang kita ada. Sekurangnya sudah satu tapak ke depan.

Dah dah, tak payah pening sangat. Ini untuk kalian yang serius nak belajar penulisan berpengaruh. Ayuh sertai Bengkel Rahsia Penulisan Berpengaruh bersama Tuan khairul Hakimin di Johor bahru pada 11 Februari ini.  Mahu daftar cepat-cepat WA 0177912993. 8 Februari ini hari terakhir pendaftaran ya. Yang berminat boleh cepat-cepat WA.




.
Anys Idayu zakaria (Aiz)
Jana pendapatan dengan menaip surat

Sunday, 5 February 2017

Kelas Blog Februari

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Apa yang akan diperolehi jika sertai KELAS BLOG ABDR

1. Akan dibimbing langkah demi langkah untuk siapkan blog.

2. Dapat ikuti nota penulisan di kelas walaupun sudah selesai kelas

3. Latihan 44 entri pertama membantu konsisten menulis di blog

4. Dapat bertukar link dengan alumni pelajar. Hampir 2K pelajar bawah kumpulan sokongan Akademi Bekerja Di Rumah.

4. Jika masih ada apa-apa pertanyaan tentang blog, Guru Online akan bantu jawab walaupun sesi kelas telah tamat.

5. Dapat menjana pendapatan melalui blog, dan juga boleh rekomen rakan untuk join kelas ini dan akan dapat komisen.

5 tempat kosong untuk KELAS FEBRUARI. Ada yang mahu Boleh segara WA 017-7912993. Kelas Februari akan bermula 10-28 Feb ini.

Kepentingan Content Writing

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Pagi semalam saya bawa kakak, adik dan 2 orang rakan kakak bermain-main di Taman Angry bird, Kotaraya. Tempat percuma jadi memang berlama-lamalah kami di situ haha. Sedang mereka bermain, sambil memantau mereka sempat juga bersembang dengan seorang ibu di situ. 

Kami bersembang-sembang hingga menyentuh topik pekerjaan. Katanya sekarang beliau sudah tidak bekerja, dan hanya menjalankan bisnes insurans dan beberapa yang lain secara online. Apa lagi, kena dengan jiwa memang rancaklah berbual hehe. 

Menurut beliau walaupun insurans, tapi beliau lebih suka buat secara online sahaja kerana sekarang ni ramai yang lebih suka mencari info terlebih dahulu. Orang suka baca, gali maklumat dan bertemu setelah mereka pasti untuk membuat belian insurans tersebut.

Nah, nampak tak di situ pentingnya medium online untuk kita berkongsi dahulu sebelum mereka yakin untuk membuat belian. Saya memang mengakui hakikat ni kerana sedia maklum orang sekarang sangat sibuk untuk berurusan bertemu empat mata. Lebih suka pegang telefon atau gadget untuk dapatkan info dahulu. Itulah yang dinamakan content writing, atau dalam bahasa melayunya isi kandungan penulisan dan penceritaan kita. Jadi apa yang kita mahu jual dan promosi itu, pentinglah untuk kita menulis apa kandungan yang mahal, yang ada pada produk tersebut. Begitulah bahasa mudahnya.

Kenapa tidak kita gunakan medium online untuk menulis dan bercerita. Melalui penceritaan lebih mendekatkan kita dengan pembaca dan bakal pembeli. Kalau rasa tak pasti nak guna apa, saya cadangkan gunalah blog. Bila kita menulis di blog lebih ramai orang akan dapat membaca penceritaan tersebut.

Kalau rasa nak guna Media sosial FB juga tersangat boleh, yang penting kita tahu bagaimana untuk menarik minat mereka membaca cerita kitakan.  Saya juga dalam proses nak belajar menulis hingga dapat mempengaruhi pembaca hhehe. Tak sabar nak tunggu Bengkel penulisan Berpengaruh pada 11 Februari nanti. Ilmu yang akan digunakan dalam penulisan penceritaan di blog dan FB. Inilah peluang kita belajar untuk menulis supaya penulisan kita hidup, ada emosi, ada nilainya.




Nak mula langkah menulis juga, ayuh turut serta bengkel ini. 6 hari lagi. Pendaftaran hingga 8 Februari. Jumpa kami di sana bersama Tn Khairul Hakimin.
.
Anys Idayu Zakaria
Baru belajar menulis, ada ke yang sudi baca.