Bank Idea
Teks : Anys Idayu Zakaria
Nak bagi mudah menulis kalian buat bank idea. Ramai otai dan sifu bisnes semua
sudah buat. Kita nak mahir menulis juga mesti ikut seperti mereka.
Kalian
rasa apa faedah ada bank idea ni?
Tulislah apa sahaja yang terlintas
di fikiran. Seperti dalam buku "Menulis Buku Pertama". Tak kisahlah nak
mula dari pengenalan, isi atau penutup. Tulis sahaja.
“Saya tak sempat la nak pegang buku, pen. Macam mana nak menulis?”
Aduh, mudah sangat dik. Kalian biasa sukar berenggang dengan telefon kan. Jadi nak bagi mudah, tulis sahaja
di Google Doc, dalam Google Drive. Biasanya di telefon sudah ada google
drive. Kalian buka google drive, cari google doc. Download sahaja masukkan
ke telefon.
Kumpul semua
idea penulisan di situ. Tak semestinya tulis sampai habis setiap
kisah tersebut. Ada idea tulis, simpan. Peram dulu. Lain masa buka, baca tulis
lagi. Ini antara salah satu teknik jika kalian belum mahu menggunakan blog sebagai medium untuk menulis.
Inilah yang saya buat sekarang. Mengumpul penulisan di Folder Bank Idea. Antara ilmu yang dipelajari ketika menghadiri Bengkel Penulisan Bersama Tn Khairul Hakimin minggu lepas. Tulis, peram, baru buat posting di FB. Cubalah semoga dapat bantu kalian menulis setiap hari.
.
Anys Idayu Zakaria (Aiz)
Akak Blogger, cari Ilham.

Comments
Post a Comment