Contoh Menulis Pengenalan Diri Di Blog
Blog pilihan hari ini, contoh entri pengenalan yang sangat baik.
TENTANG PENULIS
Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..
TENTANG PENULIS
Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..
Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT. Izinkan saya
memperkenalkan diri. Nama saya Faridah Binti Yusof. Anak sulung dari 8
adik beradik (7 perempuan dan seorang lelaki). Berumur 35 tahun dan saat
ini sudah mempunyai 2 orang cahaya mata serta sedang sarat dengan
kandungan yang ke-4. Saya mula memegang jawatan pengurus rumah sepenuh
masa dan bekerja dari rumah sejak April 2011 setelah saya meletakkan
jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru Bahasa Inggeris).
Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepadaNya di atas peluang
belajar dari saya kecil hingga dewasa. Bermula dari pendidikan awal dari
rumah oleh ibu dan abah. Ketika berumur 6 tahun mula bersekolah di
Kindergarten Treacher Methodist, Taiping. Mendapat pendidikan rendah di
Sekolah Rendah Convent Klian Pau, Taiping sehingga darjah 3, seterusnya
Sekolah Kebangsaan Chenderah, Jasin, Melaka. Mendapat pendidikan
menengah di Sekolah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah Melaka dari
tingkatan 1-5 dan kemudian menyambung Foundation New Zealand
(Accounting) di Emile Wolf College, Kelana Jaya. Seterusnya menyambung
ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dan Pengurusan (Perakaunan)
Lincoln University di UNITEN di bawah program tajaan MARA.
Setelah tamat belajar, saya sempat bekerja di bahagian akaun dan cukai
di sebuah syarikat swasta. Tidak bertahan lama, saya akhirnya bertukar
kepada bidang pendidikan. Bermula menjadi guru ganti di beberapa buah
sekolah kebangsaan , menjadi guru tuisyen di sebuah pusat tuisyen,
kemudian guru kontrak di Institut Kemahiran Mara dan akhirnya
mendapatkan ilmu dan Diploma Pendidikan di Maktab Perguruan Perempuan
Melayu Melaka.
Bermula dengan bertugas secara rasmi sebagai
seorang guru dan pendidik memberi saya pengalaman yang sangat berharga.
Tugas mengajar dan mendidik adalah tugas yang sangat mulia. Seperti yang
selalu disebut oleh Prof Dr Muhaya , kerjaya guru adalah kerjaya yang
memberikan ladang pahala.Saya sangat meminati bidang ini. Patutlah emak
saya beriya-iya mahu saya menjadi seorang guru. Namun setelah berumah
tangga dan mempunyai cahayamata, rasa tanggungjawab dan keinginan
mendidik anak di rumah menjadi begitu menebal. Saya rela meletakkan
jawatan demi memberi tumpuan pada tempoh kritikal pembesaran anak-anak
dari umur 0-7 tahun. Setelah beristikharah, memohon petunjuk Ilahi,
berbincang dengan suami dan berfikir selama 2 tahun, akhirnya saya tekad
meletakkan jawatan Gred 41 ini tanpa menoleh ke belakang lagi. Pelbagai
respon dari sahabat, saudara mara dan orang sekeliling tentang hal
perletakan jawatan ini. Ramai yang menyokong niat suci ini dan
menyatakan rasa cemburu kerana mereka juga ingin berbuat hal yang sama.
Tidak kurang juga yang kurang bersetuju. Walau apa pun , saya terima
segala respon dengan berlapang dada. Saya yakin, itu tandanya
orang-orang di sekeliling mengambil berat tentang diri
saya..Alhamdulillah.
Alhamdulillah..Allah izinkan saya menjaga
dan mendidik anak sendiri. InsyaAllah saya akan menggunakan masa dan
peluang yang diberikan dengan sebaik-baiknya dan dengan segala upaya.
InsyaAllah, dengan izinNya jua melalui penulisan ini saya akan
kongsikan kepada para pembaca tentang pendidikan awal anak-anak. Saya
bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang
pendidikan awal anak-anak. Namun, saya akan kongsikan dapatan dari hasil
bacaan dan carian dari pelbagai sumber bacaan. Sebarang komen dan
makluman dari para pembaca amat saya alu-alukan agar sama-sama kita
mendapat manfaatnya. Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat
seterusnya dapat menjadi pencen kubur saya di sana kelak. Aamiin.
Berkenalan dengan penulis: Faridah Yusof
Kami buka pendaftaran ke kelas online blog ABDR setiap hari.
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR. Untuk Pendaftaran boleh hubungi saya Anys Idayu Zakaria
Mula daftar bagi yang sudah sedia
Belajar memperkenalkan diri melalui penulisan dan penjenamaan diri, berdasarkan analisa soalan dalam kelas online blog ABDR. Untuk Pendaftaran boleh hubungi saya Anys Idayu Zakaria
Di sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.
ReplyDelete