Buka Bisnes Butik
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian Goggle
Sebagai suri rumah yang ada kemahiran menjahit ni, apa kata luaskan lagi kemahiran tu dengan cuba-cuba mengambil upah menjahit pakaian jiran-jiran, rakan dan saudara mara. Bila mereka upah sekali, pasti mereka akan datang lagi. Tambahan sekarang ni upah menjahit sepasang baju pun sudah agak mahal. Jika dulu lebih kurang RM25-27 sepasang. Tapi sekarang sudah mencecah sehingga RM35-40. Itu baru sepasang baju kurung biasa. Modal kita pun tidaklah banyak mana, jika sepasang.
Foto : Carian Goggle
Ramai sebenarnya ada kemahiran dan kepakaran dalam menjahit, betul tak. Bercita-cita nak cuba buka butik sendiri. Paling tidak pun kedai jahit yang kecil-kecil. Tapi memang betul, kemahiran menjahit ni jika digunakan memang sangat menguntungkan. Saya lihat sendiri Ma saya di rumah memang sibuk menjahit. Apatah lagi kalau tiba musim raya, confirm kami adik beradik tak ada baju raya sebab sibuk menjahit baju pelanggan. Biasanya mula sibuk sejak awal Ramadhan lagi. Kami sudah biasa jika bulan puasa, kami hanya berbuka lauk pauk yang mudah dan ringkas saja sebab ma tak berkesempatan memasak. Kadangkala sebulan puasa tu abah yang tolong masak, dan ma pula memang sibuk di depan mesin jahitnya. Bila kami sudah dewasa, kamilah yang memasak bila waktu berbuka. Adakalanya saya pun pernah membantu ma menjahit tepi kain, menjahit sempat, pasang butang baju, gosok baju yang sudah siap dijahit. Itu semua memang tugas kami adik beradik.
Ma memang pandai menjahit sejak dulu. Masih saya ingat seawal saya di sekolah rendah, Ma pernah pergi belajar menjahit baju melayu lelaki di kedai cina. Ketika itu ma hanya pandai menjahit baju kurang perempuan sahaja. Mula-mula ambil upah dari rakan-rakan dan jiran tetangga. Ketika itu hanya menggunakan mesin jahit yang biasa sahaja. Kemudian setelah bertahun menjahit, dapatlah membeli dua buah mesin jahit kilang iaitu mesin jahitan biasa dan mesin jahit tepi. Upah menjahit pula agak berbaloi, kerana kita hanya bermodalkan kelengkapan menjahit, dan juga elektrik. Dulu pernah juga kami mencadangkan supaya buka kedai jahitan. Tapi ma lebih suka menjahit di rumah. Katanya lebih senang dan mudah. Boleh urus sekali rumahtangga dan anak-anak, sambil menyiapkan jahitan. Jadi sampailah ke hari ini memang ma menjahit di rumah. Bila berpindah ke rumah sendiri pun abah buatkan ma satu bilik khas untuk menjahit. Saya juga lihat pelanggan ma memang dari dulu sampai sekarang pelanggan tetap beliau. Malah mereka turut rekemonkan pada rakan-rakan yang lain. Saya sendiri dari dulu memang tak pernah upah baju. Cuma sejak dah berkahwin dan bekerja pernah juga membeli baju kurung yang sudah siap, tapi sebab sudah serasi sejak kecil baju yang dibeli rasanya tidak begitu selesa dipakai. Begitu juga sya pernah upah pada orang lain. Juga tidak selesa. Lebih selesa yang ma jahitkan. Kadang terpaksa jugalah beli kain dan simpan dulu kerana beliau perlu menyiapkan tempahan orang lain. Al-maklum ruginya kami adik beradik tak pandai menjahit. Saya pernah juga belajar-belajar menjahit, tapi sebab tak minat dan tak selalu dilakukan mudah sahaja lupa.
Sebagai suri rumah yang ada kemahiran menjahit ni, apa kata luaskan lagi kemahiran tu dengan cuba-cuba mengambil upah menjahit pakaian jiran-jiran, rakan dan saudara mara. Bila mereka upah sekali, pasti mereka akan datang lagi. Tambahan sekarang ni upah menjahit sepasang baju pun sudah agak mahal. Jika dulu lebih kurang RM25-27 sepasang. Tapi sekarang sudah mencecah sehingga RM35-40. Itu baru sepasang baju kurung biasa. Modal kita pun tidaklah banyak mana, jika sepasang.
Bagi yang memang ada kemahiran, tetapi tiada pula kelengkapan mesin menjahit, apa kata ajar saya orang menjahit. Tak terfikir macam mana, senang sahaja. Jika ada akses internet, gunakanlah medium percuma yang ada sekarang. Bagaimana? Gunakan blog sebagai medium untuk mengajar secara online. Saya pernah terjumpa orang menulis blog cara-cara untuk menjahit. Nah, senang bukan. Hanya perlu rancang bagaimana cara untuk mendapat pendapatan daripada blog jahitan tersebut.
Baru semalam sedang saya mengakses facebook, tiba-tiba saya terlihat satu perkongsian dan group Bengkel seharian membuat jubah. Bengkel tersebut dijalankan secara online sahaja. Mereka menggunakan medium internet yang ada. Senang bukan.
Senang bukan, ada kemahiran tapi masih tidak ada modal, cuma pusing pula ke arah lain. Cuba gunakan apa yang ada pada kita dulu untuk dijadikan modal dan duit. Sebagai contoh, kita pandai menjahit tapi belum ada modal untuk membeli mesin. Tak salah jika kita buat toturial atau kelas menjahit. Tak ada modal beli kedai. Kenapa perlu fikir yang susah. Zaman sekarang semua zaman teknologi. Gunakan internet hujung jari sahaja sudah boleh buat kelas.
Bagi yang sedang merancang-rancang, cuba fikir-fikirkan. Jika tak pandai nak gunakan blog untuk buat toturial, apa kata belajar dulu basic dan permulaan membina blog. Saya juga ada membuat kelas pengambilan untuk mereka yang minat belajar membina blog. Sudah pandai, boleh buat blog toturial kelas jahitan. :)
Jika yang sudah ada modal tapi masih kabur cara untuk membuka butik, apa kata dapatkan EBOOK MULA BISNES BUTIK OFFLINE / ONLINE. Ebook ini tidak hanya tertumpa pada mereka yang mahu membuka butik jahitan sahaja. Malah apa sahaja jenis yang berkaitan dengan butik seperti tudung, aksesori wanita, pakaian kanak-kanak semua itu boleh dikategorikan sebagai butik.
EBOOK PANDUAN MULA BISNES BUTIK ONLINE / OFFLINE
Bab 1: Pengenalan bisnes
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian industri butik
1.3 Ciri-ciri butik
Bab 2: Kemahiran 2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun
Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat) 3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan
Bab 4: Modal (15 muka surat) 4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman
1.1 Ringkasan bisnes butik
1.2 Rangkaian industri butik
1.3 Ciri-ciri butik
Bab 2: Kemahiran 2.1 Kenali bakat, hobi kepada bisnes
2.2 Kemahiran dalam bisnes
2.4 Ambil peluang bisnes secara online
2.5 Kuasai kaedah promosi sepanjang tahun
Bab 3: Barang mentah/ Sumber bekalan (15 muka surat) 3.1 Fokus produk (niche)
3.2 Sumber pemborong produk, senarai pembekal, lokasi
3.3 Peralatan kelengkapan butik (jenis produk, jualan borong, runcit, pembekal produk)
3.4 Panduan produk dan khidmat pelanggan
Bab 4: Modal (15 muka surat) 4.1 : Modal Untuk Bisnes Skala Kecil
4.2 : Contoh Kaedah Kumpul Modal
4.3 : Strategi Pengurusan Modal
4.4: Sumber Pinjaman
Bab 5: Siapa pelanggan/sasaran (16)
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan
Bab 6: Pendaftaran bisnes
5.1 Mengenalpasti sasaran pelanggan
5.2 Panduan khidmat pelanggan
5.3 Kemahiran khidmat pelanggan
5.4 Cara menjual kepada setiap pelanggan
Bab 6: Pendaftaran bisnes
Bab 7: Pengurusan bisnes (10 muka surat) 7.1 : Pentadbiran
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional
Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat) 8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online
7.2: Operasi- pengendalian stok, pameran di butik, pengurusan pekerja, kaedah jualan
7.3: Pengurusan Kewangan
7.4: Panduan Pengurusan Profesional
Bab 8: Harga tawaran (11 muka surat) 8.1 Kaedah penentuan harga
8.2 Contoh penentuan harga
8.3 Mempelbagaikan jualan- konvensional dan online
Bab 9:Promosi/pemasaran (16 muka surat)
9.1 Kaedah promosi & pemasaran
9.2 Strategi promosi butik
9.3 Strategi promosi butik
9.4 Tip promosi dan pemasaran
Bab 10: Organisasi/ badan berkaitan
10.1: Bisnes yang ada kaitan dengan bisnes butik
10.2: Jaringan usahawan- forum online, persatuan
10.3: Organisasi yang perlu disertai usahawan
Bab 11: Pengalaman bisnes
11.1 Alasan perlu buka butik
11.2Pengalaman bisnes 1, Abaya Elegen, Norhaniza Taib
11.3 Pengalaman bisnes 2: Ely Suhaili Punari
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan
11.4 Kisah Inspirasi Butik Al-Ikhsan
Bonus 1: Pengalaman Usahawan Bisnes Butik Abaya
Bonus 2 : Motivasi bisnes
12.1Kelangsungan bisnes
12.2 Aliran pendapatan berganda
12.3Lapan prinsip sukses
12.4 Tip bisnes orang Cina
Memulakan perniagaan memerlukan kemahiran dan ilmu. Bukan sekadar ilmu produk yang ingin dijual malah ilmu perniagaan juga amat perlu dalam menjalankan perniagaan dengan cara yang betul.
ReplyDeleteIlmu perniagaan merangkumi ilmu membina perniagaan dan ilmu pemasaran. Dengan adanya ilmu ini ianya mampu menyelamatkan wang kita dari kerugiaan jutaan ringgit. Saya amat bersetuju dengan penulis bahawa tiada alasan dalam mencari pendapatan tetapi amat penting dimulakan setiap perkara dengan ilmu.
business memang menyeronokkan. asalkan business itu kita buat dari hati. jadi apapun dugaan dan cabaran, pasti kita akan tempuh juga, sampai berjaya! :D
ReplyDelete