Magik Number Dalam Bisnes

Semalam selesai share ilmu magik number dengan team. Bagi dorang nampak lebih jelas berapa target nak capai sebulan. Berapa jumlah buku mesti jual untuk dapat untung yang mereka nak. 

Bila dah letak target, dah nampak lebih jelas mudah untuk kita merancang apa dan macam mana nak buat. 

Ini saya share sikit macam mana nak buat. 

🔥 Contoh target duit raya bulan Februari RM2000 (keuntungan. Saya lebih suka buat kiraan untung dalam bentuk RM supaya lebih excited bila kita tengok RM yang dah dapat)

1. RM2000 ÷ 4 minggu = RM500/minggu mesti dapat. 

2. RM500 ÷ 7 hari = RM72/sehari untung mesti dapat hasil jualan. 

3. RM72 ÷ RM11(untung ejen jual sebuah buku) = 7 buku mesti jual sehari

🔥Bila dah tau berapa buku kena jual sehari, kita nampak lebih mudah dan senang. Cabar diri sendiri. 

🔥Bangun pagi terus tetapkan matlamat, set minda, plan cara untuk sebarkan lebih banyak manfaat buku supaya lebih ramai nampak dan dapat manfaatnya. 

🔥Betulkan juga niat untuk sebarkan manfaat dan bantu orang lain. 

Mudahkan. Jom cuba apply magik number dalam bisnes korang juga. 

Moga bermanfaat. 
Anys Idayu Zakaria
#teamaiz #togetherweshine #magiknumber

Comments

Popular Posts