Daftar Nama Perniagaan
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Simpanan Peribadi
Foto : Simpanan Peribadi
Alhamdulillah, alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Sebenarnya sudah beberapa kali asyik tertangguh sahaja mahu menyelesaikan tugasan yang penting ini. Minggu lepas dengan rasminya saya sudah selesai mendaftarkan perniagaan yang sedang saya jalankan sekarang ini, di bawah nama "ANYS IDAYU ZAKARIA''.
Sebenarnya prosedurnya tidaklah berapa rumit, oleh kerana ia adalah sebahagian daripada azam dan wishlist yang ada dalam perancangan tahun 2015, saya mesti kena pergi juga ke SSM untuk mendaftarkan nama perniagaan. Tambahan, risau juga akhir-akhir ini sibuk orang bercerita tentang peniaga online yang tidak mendaftar perniagaan mereka.
Berdaftar di bawah nama "ANYS IDAYU ZAKARIA", No Pendaftaran Perniagaan JM0712112-T
Fokus perniagaan pemasaran online, pengiklanan internet, menulis menerbit dan menjual produk digital ebook, perkidmatan kelas online dan offline blog, menulis blog, perkhidmatan membina blog, dan pelbagai jenis produk dropship (makanan, pakaian, produk kesihatan, kecantikan, makanan sunnah)
Fokus perniagaan pemasaran online, pengiklanan internet, menulis menerbit dan menjual produk digital ebook, perkidmatan kelas online dan offline blog, menulis blog, perkhidmatan membina blog, dan pelbagai jenis produk dropship (makanan, pakaian, produk kesihatan, kecantikan, makanan sunnah)
Ok, saya kongsikan di sini macam mana cara untuk mendaftarkan nama perniagaan kita di SSM ya.
1. Kita boleh download terus borang permohonan di laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/borang
2. Lengkapkan borang permohonan tersebut. Pastikan kita isi dengan huruf besar. Pilih nama perniagaan yang hendak didaftarkan. Lengkapkan bahagian maklumat perniagaan tersebut. Boleh letak seberapa banyak perniagaan yang kalian jalankan, tapi pastikan jenis perniagaan tersebut mesti terang dan jelas.
* Bagi yang menjalankan bisnes dropship juga, letakkan maklumat perniagaan seperti ini :
''bisnes online - menjual produk makanan, produk kesihatan, produk kecantikan, dll (sebutkan apa nama produk yang dijual)"
* Jangan lupa ya, bawa satu salinan kad pengenalan bersama borang permohonan.
3. Apabila sampai di SSM, terus ke kaunter ambil nombor. Pihak mereka akan semak terlebih dahulu borang permohonan yang kita telah lengkapkan. Jika ada yang perlu diperbetulkan, mereka akan maklumkan. Jika tiada sebarang perubahan, mereka akan berikan kita nombor giliran
inilah nombor giliran saya, petang-petang memang ramai. Lebih kurang setengah jam juga menunggu giliran, tak begitu lama juga sebab semua kaunter dibuka.
4. Selepas nombor dipanggil, kita perlu kemukakan borang tersebut pada pegawai di kaunter. Mereka juga akan semak sekali lagi permohonan kita. Bagi keterangan maklumat perniagaan, jika kurang jelas mereka akan maklumkan, dan mereka akan perbetulkan terus untuk proses pendaftaran.
* Bagi yang mendaftar dengan nama sendiri, nama seperti yang tertera di IC, bayaran sebanyak RM40 setahun / RM 70 untuk 2 tahun. Jika perbaharui hanya RM30 sahaja setahun.
* Bagi yang mendaftar atas nama selain nama sendiri, pembayaran RM70 setahun. (Yang ini membolehkan kalian untuk buat signboard perniagaan. Jika guna nama sendiri tidak dibenarkan untuk buat signboard/banner perniagaan)
Jadi kalian boleh pilih yang mana ye. Macam saya, memang buat masa sekarang saya lebih fokus pada perniagaan online sahaja, rasanya belum lagi untuk buat signboard perniagaan. Jadi saya daftar atas nama sendiri. Dan yang lebih penting sebenarnya untuk BRANDING
5. Kemudian, setelah selesai pembayaran, pegawai di kaunter akan berikan kita satu resit pembayaran dan pendaftaran, dan kita dikehendaki tunggu selama 1 jam untuk mengambil sijil pendaftaran perniagaan yang telah disiap.
6. Setelah 1 jam, nama perniagaan kita akan dipanggil di kaunter untuk serahan sijil pendaftaran. Semak semula segala maklumat ada di sijil tersebut.
Selesai proses pendaftaran nama perniagaan. Mudahkan. ^-^
* Untuk yang mahu menambah jenis perniagaan, juga boleh membuat tambahan dengan bayaran yang akan dikenakan. Yang ini saya tak berapa pasti berapa jumlahnya. Terlupa nak tanya.hihii.
* Untuk kakitangan kerajaan, kalian perlu sediakan satu surat akaun kebenaran daripada Ketua Jabatan. Ini contoh surat kelulusan daripada Ketua Jabatan saya.
saya tak pasti samada pihak SSM akan minta atau tidak, tapi saya sediakan juga bersama borang permohonan. (Atas nasihat adik yang selalu berurusan dengan pihak SSM)
Alhamdulillah. Selesai sudah. Satu langkah ke hadapan. Bagi yang mahu mendaftar, diharap panduan ini berguna untuk kalian.
Terima kasih atas sokongan semua
Mula Bisnes Butik
Aizmall gedung serbanika online
Aizmall Sunnah Online
Aizmall Gedung Buku Online
Mula Bisnes Butik
Aizmall gedung serbanika online
Aizmall Sunnah Online
Aizmall Gedung Buku Online
Kalau perniagaan online semata mata, perlu ke daftar lesen perniagaan?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Nak tanya, Utk kebenaran ketua jabatan, mcm sy bertugas di sekolah, bolehkah guru besar meluluskan permohonan bekerja sambilan atau perlu ke peringkat atas spt PPD/JPN?
ReplyDelete