Friday, 25 August 2017

Cara beriklan di Mudah.My

Tek : Anys Idayu Zakaria

Haritu aku ada cerita tentang iklan di Mudah.my. Rupanya taklah susah sangat beriklan di sana. Target pembeli pun mudah sangat. Ini aku kongsikan sikit pengalaman sepanjang aku beriklan di sana. Manalah tahu kau nak cuba jugakan.

Di Mudah sebenarnya kita boleh beriklan secara percuma je. Tapi hanya satu iklan untuk satu email. Untuk iklan kedua kena daftar dengan email lain.

Oleh kerana banyak iklan rumah yang aku nak masukkan, jadi aku terpaksa ambil iklan berbayar. Iklan Pro Niaga namanya. Untuk daftar, kau kena daftar dengan email baru.

Jadi aku pun buatlah email baru. Kemudian buka Mudah dan daftar untuk iklan Pro Niaga. Buat belian kredit yang ditawarkan. Ada beberapa pakej. Aku ambil yang paling rendah sekali. Rm50 untuk 120 hari. Cuba dulu nak tengok hasilnya.

Buat pendaftaran dan bayaran ke akaun Mudah. Kemudian HQ mereka akan hantar email pada kita untuk maklumkan pengesahan. Bila sudah boleh beriklan, aku pun apa lagi masukkanlah iklan rumah untuk credit yang telah dibeli.

Satu iklan, Mudah akan tolak 3 kredit dari akaun kita. Jadi kau boleh masuk berapa banyak iklan yang kau suka. Janji credit yang kau beli masih mencukupi. Satu iklan tu tak silap aku lebih kurang 120 hari juga. Panjangkan masa.

Apa yang aku suka, Mudahnya memang tersangat mudahlah untuk dapat terus target pembeli. Aku masuk iklan 2 rumah plus 7 bilik (2 rumah) dalam tempoh 10 hari beriklan je semua rumah dan bilik dah dapat penyewa.

Fuhhh, dia punya laju memang sekali iklan diluluskan kau akan terima banyak WA dan call masuk, rujuk pada iklan yang dimasukkan.

Dalam tempoh 10 hari beriklan tu, aku bukanlah masuk sekali je. Aku buat berkali-kali iklan. Tukar ayat iklan. Tukar gambar. Maksudnya kau kena kreatif jugalah. Kata kunci untuk tajuk iklan juga penting supaya pembeli masuk Mudah yang memang cari apa yang diperlukan terus jumpa iklan kita.

Yang ni aku cuba untuk bahagian sewaan rumah, hartanah. Kalau kau nak cuba untuk jenis produk lain pun boleh. Cuma mungkin agak berbeza untuk setiap kredit iklan.

Kau yang nak pelbagai medium iklan, bolehlah cuba. Modal pun taklah tinggi mana. Target pelanggan pun mudah dapat. Senang bangat orang kata. Sambil cuba, dapat tambah ilmukan.

Wednesday, 23 August 2017

Kata kunci Betul Menulis Blog

Tek : Anys Idayu Zakaria

Dalam setiap kelas blog ABDR, kita tidak memberi jaminan jualan meningkat atau meletup-letup. Tetapi kita tunjukkan contoh yang membantu pembaca/pelanggan membuat jejak kedai atau blog melalui google.

Label dan kata kunci ini sangat penting bagi membantu usahawan/pemilik kedai/pemilik blog fokus menulis untuk memudahkan blog dijejak di carian google.

Hanya perlu fokus dan konsisten, supaya tulis harini bertahun-tahun masih boleh dijejak. Yang ini memang terbukti. Contohnya saya sendiri pernah menulis tentang 'kedai makanan ringan' minggu ini sahaja lebih dua kali orang call nak beli jajan dan air kotak. Bila tanya jumpa no dari mana. Jawabnya google. Nasiblah saya ingat tentang cerita yang pernah dikongsi dalam blog.

Kalaulah kita selalu tulis tentang produk dan servis yang kita tawarkan, memang tak mustahil lah mudah orang jumpa di google kan.

Nak belajar? Kami sudah buka KELAS ASAS BLOG PENULISAN DAN BLOG BISNES BULAN SEPTEMBER.

Tip Request Friend Di FB

Kalian ada masalah seperti peserta ini?
"Saya nak add orang tapi tak boleh dah. Saya punya request kat orang sampai dah limit 1000 orang. Jadi, saya tak boleh nak Add orang dah. Apa saya perlu buat?"

Jangan sedih. Boleh lihat penyelesaian ini ya.

https://m.facebook.com/friends/center/requests/outgoing

Kalau nak lebih banyak tip jom join KELAS GENG LIKE.

Bengkel Foto Gojes

Tek : Anys Idayu Zakaria

Alhamdulillah Sabtu lepas dah selesai Bengkel Viral Lah bersama Tn Khairul Hakimin. Nanti saya update perjalanan bengkel dan kongsi gambar ya.

Next bengkel anjuran Team Gerobook Event, Foto Gojes Workshop.

Kalian berpeluang mendalami ilmu fotografi dengan menggunakan kamera termasuklah kamera handphone. Kelas teknikal belajar bagaimana membidik gambar dengan pencahayaan, komposisi dan gubahan yang betul supaya gambar kelihatan menarik, menggiurkan dan ada faktor 'wow' dan keterujaan mereka yang melihatnya.

Bengkel ini sesuai untuk semua jenis produk. Bukan hanya untuk produk berasas makanan sahaja. Usahawan di Johor, inilah peluang kalian untuk belajar menggunakan kamera untuk mengambil gambar dengan betul.

WORKSHOP FOTO GOJES
16 SEPTEMBER 2017 (SABTU)
9.00 am - 4.00 pm
Dewan STC Larkin, Jb
Yuran : RM250 (Sebelum 31/8/17)
Pemudah cara : Tuan Din Zainal

Yang berminat boleh WA 0177912993

Blog Kaedah Perkenalkan diri Di Google

Tek : Anys Idayu Zakaria

Selain FB, blog satu kaedah kita memperkenalkan diri dan produk pada pembaca. Mula bina dan kumpul pembaca dan pengikut . Bagi yang rajin menulis, dan update blog tak mustahil nama dan produk kalian mudah dijejak di carian google.

Ok kalau nak cuba, apa kata kita cuba taip nama  dan produk masing-masing di carian google. Jika belum timbul nama kita, ambillah peluang untuk jadikan blog sebagai medium perkongsian.

Siapa tahu, sikit masa lagi bila orang call nak beli produk katanya jumpa nama dan no telefon kita di google. Best kan. Yang ni memang selalu sangat berlaku pada saya. Barulah boleh kata blog mampu menjana pendapatan.

Law Of Equilibrium

Pernah dengar tentang law of equilibrium?

Maksudnya, lagi banyak kita memberi. Lagi banyaakkkk kita akan terima. Tapi, pastikan ikhlas semasa memberi.

Sama juga macam solat Dhuha. Solat sebagai tanda syukur. Bukan sebab niat nak murah rezeki. Insya Allah, dengan asbab Solat Dhuha, Rezeki murah.

Kata kuncinya IKHLAS memberi. Apabila kita ikhlas, kita akan lebih seronok & gembira dalam memberi & berkongsi tips.

Jadi awak perlu berinformasi & banyak ilmu tentang produk awak. Paling mudah adalah google atau pinterest. Banyak maklumat ada.

Boleh buat 1 post awal pagi, tengahari, petang, dan malam. Dah cukup. Cuba istiqamah dalam 3-6 bulan. Hasil memang booom.

Kalau nak upgrade lagi, boleh join kelas #Branding_For_Newbie. Kelas online paling berbaloi 7 hari 7 malam. Bukan sahaja belajar sampai bijaksana, malah bijaksini dan bijak every where tau!

Kalau nak join kelas ni, boleh lah WA saya 0177912993

Thursday, 17 August 2017

Set Rawatan Muka Kleyn Signature

Tek : Anys Idayu Zakaria 


Dah lama rasanya tak buat segmen tajaan kan. Kali ni kita buka semula segmen tajaan. Kot ada yang berminat mahu saya cerita dan kongsi tentang produk kalian di blog Insya Allah boleh diusahakan.

Jadi kali ini kita kongsi dulu tentang set kecantikan produk Kleyn. Lengkap dengan sabun pencuci muka, krim UV dan Krim treatment untuk malam.



Saya pun gunakan set ini, alhamdulillah dapat lihat kesannya kulit makin licin dan yang menariknya sabun pencuci muka tersebut membantu mengecutkan jerawat, mengurangkan kulit berminyak dan mencerahkan kulit serta mengecilkan liang roma. Krim siang juga bila kita gunakan ia tak bercapuk-capuk apabila kita pakai dengan bedak.  Dan yang bestnya saya suka bau cream treatment yang digunakan waktu malam. Baunya sangat wangi.

Kalian yang sedang mencari-cari set untuk rawatan muka harus cuba dan dapatkan set Kleyn ini. Pasti berpuas hati, tambahan sekarang ni harga tengah promosi katanya. hehe.



 Promosi 1 set trial hanya RM55 sahaja sehingga 1 September.  harga sebenar RM69 tau. Jimatkan kalau beli harga promosi ni. Promosi tengah kaw-kaw meletop ni. Kalian bolehlah cuba. Sementara tu apa kata tengok gambar di bawah ni. 







Untuk yang berminat nak cuba set lengkap Kleyn Singnature & Vitamin C Kleyn bolehlah terus hubungi Founder Kleyn, Puan Nor Atika Sobri (+60 13-347 7071)

Sunday, 13 August 2017

Bengkel Viral Lah

Tek Anys Idayu Zakaria

Kalau kau nak tahu, selain dari kelas Geng like (GSL) yang membantu aku untuk menulis di FB, aku turut melabur untuk ilmu penulisan berpengaruh di media sosial. Siapa lagi Cikgunya kalau bukan Tn Khairul Hakimin, penulis buku Rahsia Bapa Viral Kebangsaan.

Kau tahu, "followers" beliau di FB sahaja sudah mencecah lebih 100,000. Kita yang baru nak up, baru nak belajar menulis ni apalah salahnya melabur sikit untuk dapatkan ilmu dan rahsia beliau.

Tak usah gaduh, ni kami bawa khas untuk orang JDT dan yang berhampiran. Bengkel Viral-lah. Belajar membina stail penulisan di FB. Siapa tahu dengan upgrade ilmu penulisan dalam BENGKEL VIRAL LAH dapat membantu melonjakkan pendapatan kau kan. Kami tumpang gembira. Kau pasti melonjak-lonjak keriangan khennn.

Ok ini khas untuk 30 peserta sahaja. Lambat daftar, terlepas tarikh 19 OGOS ni kau jangan nak pujuk rayu tanya bila lagi nak buat bengkel di JB. Ini sudah peluang apa lagi rebutlah. Yuran kebijaksanaan nak bagi kau dapat ilmu ni HANYA RM170 sahaja.

Pengguna FB

Tek Anys Idayu Zakaria

Pengguna FB ni kadang macam-macam gaya.
Ada yang ketagih like. Ada yang suka copy paste. Ambil status orang jadikan status sendiri. Ada yang tak heran pun dengan like, janji dia update status. Ada yang suka menulis dan berkongsi.

Ada yang suka share status orang lain. Ada yang suka share info bermanfaat, kadang aku suka tumpang baca.

Kadang ada juga yang buka FB tak tahu nak buat apa. Eh suka kau lah nak buat apa. FB kau kan. Jadi jangan sentap dan terasa dengan setiap yang orang lain tulis dan kongsi. Bukan tuju untuk kau. Mungkin untuk diri dia sendiri.

Janji kau guna FB untuk kebaikan. Tak suka, unfriend je. Tak suka jangan follow. Jangan meroyan tak tentu pasal. Tak suka jangan buka FB. Jangan pegang phone. Selesai masalah dengan FB. Tak gitu.

Pakej Kelas Blog

Tek Anys Idayu Zakaria

Untuk yang bertanya tentang kelas blog. 2 kelas masih dibuka untuk pendaftaran

1. Kelas blog bisnes. Modul jawab 8 analisa soalan, belajar buat email, blog, label, pages, borang tempahan, cara linkkan fb dan fanpages ke blog, cara masukkan gambar.

2. Kelas blog penulisan. Modul jawab 8 analisa soalan, email, blog. Konsisten menulis 44 entri pertama.

Yang agak tak menyempat nak belajar sendiri untuk blog bisnes, boleh tempah je. Saya boleh buatkan untuk kalian. 2 hari siap, dan boleh fokus menulis secara konsisten.

Ok pilih nak yang mana.

Branding For Bisnes

Kadang-kadang dengan buat benda yang simple tapi power boleh boom kan engagement Facebook.

Tak percaya? Cuba lihat posting FB saya. Sentiasa meriah & ada respon yang best-best.

Semua ni saya belajar dalam kelas #Branding_For_Business sahaja. Kelas best. Circle sangat sangat positive.

Dengan bonus bernilai lebih RM300+. Memang sumpah sangat berbaloi-baloi. Korang pun mesti nak join kan? Ramai-ramai la best. Bertambah networking. Murah lagi rezeki.

Belajar Beriklan di Mudah.my

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bila buat satu-satu iklan dengan menggunakan medium baru yang kita tak pernah guna memang banyak cabarannya.

Seminggu dua ni aku asyik mencuba Mudah.my untuk masuk iklan di bahagian property. Mula-mula memang rasa nak give up juga. Masuk iklan satu, nak iklan lagi kena reject. Register email lain pula. Masuk satu, buat kali kedua kena reject juga.

Jenuh juga aku mencari buku, bengkel atau ilmu. Tanya orang yang biasa guna medium Mudah.my. Tapi belum ketemu lagi dengan orang yang boleh berkongsi atau yang ada buat kelas ni.

Betul kata orang, dalam bisnes memang tak boleh give up. Buat tu tak jadi, kena cuba cara lain. Try, adjust dan apply.

Godeh sana sini, akhirnya berjaya register akaun pro niaga. Dan iklan pun dah boleh masuk lebih dari satu. Kalau aku give up hari tu belum tentu lagi iklan boleh berjalan laju macam ni. Walaupun masih merangkak-rangkak. Yang penting tak putus asa kan.

Ada ke yang sudi berkongsi ilmu beriklan di mudah.my, kalau kau ada kenal sesiapa yang buat kelas mudah.my bolehlah kongsi siapa orangnya. Nak pi tuntut ilmu dengan mereka.

Jangan Biarkan FB Krik Krik

FB krik krik pun biar jer. Awak tu peniaga ONLINE. Cukup cukuplah buang masa meroyan up status syok sendiri, lebih baik belajar cara betul tulis STORI.

Kelas 7 hari, untuk berNETWORKING dan bina PERSONAL BRANDING dengan STORI yang berkualiti.
.
Tak lama lagi kelas nak mula. Daftar la dengan saya. Sebelum cengkerik yang korang bela tu tua. Kita bagi hapuskan cengkerik, bagi power korang punya FB dengan status stori yang menarik.