Sunday, 13 August 2017

Belajar Beriklan di Mudah.my

Tek : Anys Idayu Zakaria

Bila buat satu-satu iklan dengan menggunakan medium baru yang kita tak pernah guna memang banyak cabarannya.

Seminggu dua ni aku asyik mencuba Mudah.my untuk masuk iklan di bahagian property. Mula-mula memang rasa nak give up juga. Masuk iklan satu, nak iklan lagi kena reject. Register email lain pula. Masuk satu, buat kali kedua kena reject juga.

Jenuh juga aku mencari buku, bengkel atau ilmu. Tanya orang yang biasa guna medium Mudah.my. Tapi belum ketemu lagi dengan orang yang boleh berkongsi atau yang ada buat kelas ni.

Betul kata orang, dalam bisnes memang tak boleh give up. Buat tu tak jadi, kena cuba cara lain. Try, adjust dan apply.

Godeh sana sini, akhirnya berjaya register akaun pro niaga. Dan iklan pun dah boleh masuk lebih dari satu. Kalau aku give up hari tu belum tentu lagi iklan boleh berjalan laju macam ni. Walaupun masih merangkak-rangkak. Yang penting tak putus asa kan.

Ada ke yang sudi berkongsi ilmu beriklan di mudah.my, kalau kau ada kenal sesiapa yang buat kelas mudah.my bolehlah kongsi siapa orangnya. Nak pi tuntut ilmu dengan mereka.