Friday, 28 April 2017

Saya Agen Geng Like

Tek : Anys Idayu Zakaria

Beberapa tahun lepas, bila buat posting di FB selalunya status yang di post berlalu di angin lalu, langsung tak de orang like atau komen. Sendu sesangat. Tambah pula memang majoriti pelanggan datang dari blog.

Tapi sejak saya join GSL, terus berubah ke satu tahap yang lebih baik. Lebih ramai rakan support setiap status yang diupdate. Saya belajar banyak pantang larang yang kita tak digalakkan buat di FB. Belajar lebih banyak menulis dan berkongsi bukan menjual semata-mata. Dan lebih menarik ramai pula yang sudah tahu bisnes dan servis yang saya tawarkan.

Sejak itulah saya nekad mendaftar sebagai AGEN GSL, dan sekarang Comeback dengan nama baru GENG LIKE. Saya mahu bantu rakan-rakan yang lain terutamanya yang menggunakan FB PERSONAL untuk berbisnes belajar ilmu bersama GENG LIKE. Geng Like bukan sekadar LIKE, ilmu yang kalian dapat sangat-sangat berguna jika mahu terus kekal aktif gunakan FB untuk branding dan perkenalkan bisnes.

Tak kisahlah kalian founder produk, agen, dropship, tak de bisnes pun lagi belajar dulu ilmu GENG LIKE. Saya pasti kalian tak menyesal. Tapi ingat, ini hanyalah untuk yang betul-betul hadam dan praktik ilmu. Bukan setakat Bayar Yuran RM69 kelas mula habis pun tak tahu. Kannnn. #agengenglike WA 0177912993

Thursday, 27 April 2017

Apa Yang Diperolehi Dalam Geng Like

Tek : Anys Idayu Zakaria

Apa yang akan peserta dapat bila join GENG LIKE.

1. Tahu apa kesalahan  update status. Pantang larang di FB
2. Cara tingkatkan like pada setiap status.
3. Mendapat EBook ayat power untuk update status
4. Bakal dikelilingi 100 lebih sahabat positif yang juga berniaga.
5. Semangat untuk terus berjaya dalam bisnes meningkat 200%
6. Facebook anda bakal berubah 360 darjah
7. Belajar menulis dan update status dengan betul.
8. PERCUMA ebook, dan video.

Nak dapat kesemuanya jom daftar GENG LIKE FAMILY C. Kelas bermula 28Mei-3 Jun. WA 0177912993

Tuesday, 25 April 2017

Branding

Tek : Anys Idayu Zakaria

Branding yang cuba dibawa sejak beberapa tahun lepas semakin melekat di hati kalian. Hasil bernetworking dan berkawan di FB, gara-gara GSL(sekarang GENG LIKE), semakin ramai mengenali saya sebagai Cikgu Blog dan juga sebagai Agen Geng Like. Terima kasih. Saya amat menghargai sokongan kalian.
.
Juga membawa identiti Mama dua puteri, saya juga menyimpan hasrat untuk menulis dan berkongsi kisah hidup yang boleh dijadikan motivasi dan panduan untuk yang lain. Insya Allah jika diizinkan, apa yang kalian mahu tahu jika kisahnya berkisar “Perjalanan hidup Isteri,Ibu, Pelajar & Ibu Tunggal”.
.
Aiz
Hati mahu menulis.

Wednesday, 19 April 2017

GSL Come Back dengan Nama GENG LIKE

Tek : Anys Idayu Zakaria

Beberapa hari lepas dikejutkan dengan pengumuman dari Founder GSL, Tn Khairul Zahrin. Beliau maklumkan GSL akan buat come back bulan Mei. Dengan nama baru "GENG LIKE".

Wahh teruja betullah kami. Sudah pastinya saya rebut peluang beliau untuk mendaftar sebagai agen.

Peluang ini terbuka untuk semua yang menantikan kehadiran GSL. kelas Geng Like akan bermula pada 7-13 Mei 2017, selama seminggu, bawah kumpulan GENG LIKE FAMILY A (GLFA).

Geng like ini sesuai untuk newbies yang mahu belajar menggunakan FB dengan cara betul untuk berbisnes. Untuk belajar branding, bernetworking dan bukannya like semata.

Kalian yang berminat boleh WA 0177912993 untuk pendaftaran ya. Saya akan terangkan cara untuk mendaftar. Usah berlengah, kerana semalam umum sahaja sudah beratur mereka buat bayaran yuran. Peserta hanya 150 orang sahaja untuk satu sesi. Kita ada hampir 30 agen. Hahha jadinya pastilah akan penuh bila-bila masa sahaja.

Tuesday, 18 April 2017

Belajar Ilmu Storytelling

Tek : Anys Idayu Zakaria 

6 Mei 2017, jangan dilupakan tarikh ini.
.
Kan sudah bilang, kita ada temujanji bersama Tuan Irfan Jani di EDC, Johor Bahru. Kata mahu belajar Ilmu $tori dengan beliau. Bila lagi mahu tunggu sifu turun JB. Inilah peluangnya.
.
Penting ke ilmu $tori ini? Penting jika kau mahu terus pergi jauh dalam bisnes terutamanya. Zaman sekarang pembeli sudah bijak. Mereka tak mahu kau paksa-paksa mereka membeli. Mereka mahu baca kisah dan cerita di sebalik apa yang kau jual. Begitulah ringkasnya.
.
Antara apa yang akan dipelajar ialah Ayat-ayat Call To Action (CTA) Paling Berkesan dan Pernah Diuji, Supaya Pembaca Bertukar Menjadi Pelanggan.
.
Tempah sekarang, tempat terhad. Jika mahu jangan segan-segan WA 017-7912993 (Aiz)

Sunday, 9 April 2017

Bengkel Menulis Buku Umum di Johor Bahru

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Yess, akhirnya tamat Sesi Bengkel Menulis Buku Umum Pertama. Masing-masing pulang bersama idea dan gambaran yang jelas, bagaimana mahu bermula. 

Ada hikmahnya kenapa Tuhan tanggungkan saya hadiri kelas ini dahulu. Walaupun hati meronta-ronta nak pergi, ada sahaja halangannya. Hari ini Tuhan makbulkannya, kerana satu misi mahu menulis untuk memotivasikan sasaran pembaca pilihan. Moga impian ini tercapai. Kata Tuan Zamri "tulis jangan takut-takut". 

Alhamdulillah bengkel kali ini, walaupun hanya 25 peserta, kami dapat rasakan keseronokan dan juga ilmu-ilmu yang diberikan semalam seperti rasa mahu lagi dan lagi. Waduh, nasib baik dewan hotel di sewa hingga jam 5 sahaja. Barangkali jika kami punya sendiri mahunya sampai ke malam. heheh.

Apapun, tahniah dan syabas untuk semua peserta. Ada yang sanggup datang dari jauh. Sabah, Sarawak, Bangi, dan juga peserta dari Seberang Tambak. Saya doakan semoga tahun ini terhasil 25 buah buku baru tulisan semua peserta yang hadir hari ini. 

Terima kasih kalian. Kami dari Team #GerobookEvent memohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang bengkel ini berlangsung. Jom jamu mata dengan aksi kami di sana. heheh. Jumpa kita semula dengan bengkel seterusnya. Bengkel Stori bersama Tuan Irfan Jani pada 6 Mei nanti. 



















Mula Tulis Blog Jika Mahu Menulis Buku

Tek : Anys Idayu Zakaria 

 
Dalam Bengkel Menulis Buku semalam Tuan Zamri ada menyentuh sedikit tentang blog. Jika mahu google temui nama kita, mulalah menulis dengan blog. Blog jugalah tempat untuk kita mula untuk menulis, selain FB.
.
Seronok tau sebenarnya bila sudah ada blog. Apa yang best, kalian boleh gunakan blog sebagai salah satu tempat untuk menyimpan nota-nota dan koleksi penulisan. Jom mula menulis blog sekarang.
.
Ilmu asas blog sangat membantu untuk kalian mula menulis, kata kunci yang diberikan boleh dijadikan "key word" untuk menulis buku, dan juga carian google.
.
5 tempat lagi khas untuk kalian yang mahu belajar asas ilmu blog. Sudah ada blog, dengan mudah boleh terus menulis.

Wednesday, 5 April 2017

Carian Di Google

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Isnin pagi minggu sudah terperanjat bila ustazah Ira telefon. Aku terfikir kenapa pula ye. Ira di sekolah kebangsaan, tapi kenapa ustazah dari sekolah agama yang telefon. Bikin confius ni.
.
Mama : Nak tau kak, pagi tadi ustazah kakak telefon mama. 

Kakak : Ustazah nak apa. Cari Ira ke

Mama : Hahahah ustazah bukan cari Ira. Cari mama. Rupanya ustazah cari barang nak beli, google di internet jumpa no telefon mama.
.
Tergelak-gelak kakak ketawa. Sempat lagi dia kata famous la mama ni.
.
Ye la mama dan ustazah pun tergelak-gelak. Ingatkan ada perkhabaran dari sekolah.


Heheheh sebenarnya beliau sedang mencari Al Quran Digital. Bila membuat carian di google ada terjumpa nama dan no telefon saya. Jadi beliau terus hubungi saya untuk bertanya. 

Jika ikutnya saya sebenarnya bukanlah agen Al Quran ini, tapi tak tahulah bagaimana nama boleh naik. Mungkin kerana dulu saya pernah jadi agen My Qalam. Tapi tu dah lama. Sekejap sahaja. Jadi bila orang-orang dari Johor Bahru mencari produk tersebut, memang mudah untuk temui nama saya. 

Bila fikir semula Al Quran digital ini memang produk pilihan ramai. Kadang tu dalam sehari lebih sekali orang mencarinya. Saya pula memang tak ada seberang contact untuk membantu. Harapnya kalian yang membaca kisah ini, jika ada kenal mana-mana pembekal yang menjual Al Quran digital bolehlah maklumkan ye. Manalah tahu kot boleh jadi agen kan heheh. Al maklum sekarang ni pun sudah hampir masuk Ramadhan. Pasti produk ini menjadi pilihan ramai. 


Tuesday, 4 April 2017

Belajar Membina Blog di Johor Bahru

Tek : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Anys Idayu Zakaria 



Jumaat lepas selesai satu sesi personal coaching blog bisnes bersama Puan Norzarin Samson datang dari jauh sanggup turun ke Skudai untuk menimba ilmu. Seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang jahit menjahit pukal. Memang sesuai sangatlah beliau belajar berblog, tambah lagi musim raya nak dekat ni kan.
.
Juga bersama Puan Syu Rusni. Walaupun beliau masih samar-samar bisnes apa yang sesuai dijalankan, setelah berkongsi idea tentang ABDR, nampaknya beliau sudah nampak jalan di situ. Semoga bersama peluang beliau belajar menjana pendapatan bersama Team ABDR. 


Turut serta Tn Ghazali yang bakal bersara sikit masa lagi dari bidang tugas beliau. Apa yang saya kagum, beliau jejak Team kami hasil bacaan Mingguan Wanita. Tanpa ada gadget canggih orang kata, beliau tetap bersemangat mahu belajar menulis blog.

Alhamdulillah 3 jam bersama selesai mereka membina blog masing-masing. Masing-masing pulang dengan wajah ceria. Saya juga hilang rasa mengantuk lihat blog mereka. Hehehehe.

Ok kita buka untuk sesi online pula Bulan April. Berbaki 6 sahaja lagi. Bagi kalian yang berminat untuk mempelajari bagaimana cara untuk membina blog bisnes, boleh sertai kami dalam KELAS ONLINE BLOG pada bulan April ini.  Untuk pertanyaan dan pendaftaran boleh WA 017-7912993