Carian Di Google

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Isnin pagi minggu sudah terperanjat bila ustazah Ira telefon. Aku terfikir kenapa pula ye. Ira di sekolah kebangsaan, tapi kenapa ustazah dari sekolah agama yang telefon. Bikin confius ni.
.
Mama : Nak tau kak, pagi tadi ustazah kakak telefon mama. 

Kakak : Ustazah nak apa. Cari Ira ke

Mama : Hahahah ustazah bukan cari Ira. Cari mama. Rupanya ustazah cari barang nak beli, google di internet jumpa no telefon mama.
.
Tergelak-gelak kakak ketawa. Sempat lagi dia kata famous la mama ni.
.
Ye la mama dan ustazah pun tergelak-gelak. Ingatkan ada perkhabaran dari sekolah.


Heheheh sebenarnya beliau sedang mencari Al Quran Digital. Bila membuat carian di google ada terjumpa nama dan no telefon saya. Jadi beliau terus hubungi saya untuk bertanya. 

Jika ikutnya saya sebenarnya bukanlah agen Al Quran ini, tapi tak tahulah bagaimana nama boleh naik. Mungkin kerana dulu saya pernah jadi agen My Qalam. Tapi tu dah lama. Sekejap sahaja. Jadi bila orang-orang dari Johor Bahru mencari produk tersebut, memang mudah untuk temui nama saya. 

Bila fikir semula Al Quran digital ini memang produk pilihan ramai. Kadang tu dalam sehari lebih sekali orang mencarinya. Saya pula memang tak ada seberang contact untuk membantu. Harapnya kalian yang membaca kisah ini, jika ada kenal mana-mana pembekal yang menjual Al Quran digital bolehlah maklumkan ye. Manalah tahu kot boleh jadi agen kan heheh. Al maklum sekarang ni pun sudah hampir masuk Ramadhan. Pasti produk ini menjadi pilihan ramai. 


Comments

Popular Posts