Bengkel Menulis Buku Umum di Johor Bahru

Tek : Anys Idayu Zakaria 

Yess, akhirnya tamat Sesi Bengkel Menulis Buku Umum Pertama. Masing-masing pulang bersama idea dan gambaran yang jelas, bagaimana mahu bermula. 

Ada hikmahnya kenapa Tuhan tanggungkan saya hadiri kelas ini dahulu. Walaupun hati meronta-ronta nak pergi, ada sahaja halangannya. Hari ini Tuhan makbulkannya, kerana satu misi mahu menulis untuk memotivasikan sasaran pembaca pilihan. Moga impian ini tercapai. Kata Tuan Zamri "tulis jangan takut-takut". 

Alhamdulillah bengkel kali ini, walaupun hanya 25 peserta, kami dapat rasakan keseronokan dan juga ilmu-ilmu yang diberikan semalam seperti rasa mahu lagi dan lagi. Waduh, nasib baik dewan hotel di sewa hingga jam 5 sahaja. Barangkali jika kami punya sendiri mahunya sampai ke malam. heheh.

Apapun, tahniah dan syabas untuk semua peserta. Ada yang sanggup datang dari jauh. Sabah, Sarawak, Bangi, dan juga peserta dari Seberang Tambak. Saya doakan semoga tahun ini terhasil 25 buah buku baru tulisan semua peserta yang hadir hari ini. 

Terima kasih kalian. Kami dari Team #GerobookEvent memohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang bengkel ini berlangsung. Jom jamu mata dengan aksi kami di sana. heheh. Jumpa kita semula dengan bengkel seterusnya. Bengkel Stori bersama Tuan Irfan Jani pada 6 Mei nanti. 



















Comments

Popular Posts