Tuesday, 4 April 2017

Belajar Membina Blog di Johor Bahru

Tek : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Anys Idayu Zakaria 



Jumaat lepas selesai satu sesi personal coaching blog bisnes bersama Puan Norzarin Samson datang dari jauh sanggup turun ke Skudai untuk menimba ilmu. Seorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang jahit menjahit pukal. Memang sesuai sangatlah beliau belajar berblog, tambah lagi musim raya nak dekat ni kan.
.
Juga bersama Puan Syu Rusni. Walaupun beliau masih samar-samar bisnes apa yang sesuai dijalankan, setelah berkongsi idea tentang ABDR, nampaknya beliau sudah nampak jalan di situ. Semoga bersama peluang beliau belajar menjana pendapatan bersama Team ABDR. 


Turut serta Tn Ghazali yang bakal bersara sikit masa lagi dari bidang tugas beliau. Apa yang saya kagum, beliau jejak Team kami hasil bacaan Mingguan Wanita. Tanpa ada gadget canggih orang kata, beliau tetap bersemangat mahu belajar menulis blog.

Alhamdulillah 3 jam bersama selesai mereka membina blog masing-masing. Masing-masing pulang dengan wajah ceria. Saya juga hilang rasa mengantuk lihat blog mereka. Hehehehe.

Ok kita buka untuk sesi online pula Bulan April. Berbaki 6 sahaja lagi. Bagi kalian yang berminat untuk mempelajari bagaimana cara untuk membina blog bisnes, boleh sertai kami dalam KELAS ONLINE BLOG pada bulan April ini.  Untuk pertanyaan dan pendaftaran boleh WA 017-7912993