Cara beriklan di Mudah.My

Tek : Anys Idayu Zakaria

Haritu aku ada cerita tentang iklan di Mudah.my. Rupanya taklah susah sangat beriklan di sana. Target pembeli pun mudah sangat. Ini aku kongsikan sikit pengalaman sepanjang aku beriklan di sana. Manalah tahu kau nak cuba jugakan.

Di Mudah sebenarnya kita boleh beriklan secara percuma je. Tapi hanya satu iklan untuk satu email. Untuk iklan kedua kena daftar dengan email lain.

Oleh kerana banyak iklan rumah yang aku nak masukkan, jadi aku terpaksa ambil iklan berbayar. Iklan Pro Niaga namanya. Untuk daftar, kau kena daftar dengan email baru.

Jadi aku pun buatlah email baru. Kemudian buka Mudah dan daftar untuk iklan Pro Niaga. Buat belian kredit yang ditawarkan. Ada beberapa pakej. Aku ambil yang paling rendah sekali. Rm50 untuk 120 hari. Cuba dulu nak tengok hasilnya.

Buat pendaftaran dan bayaran ke akaun Mudah. Kemudian HQ mereka akan hantar email pada kita untuk maklumkan pengesahan. Bila sudah boleh beriklan, aku pun apa lagi masukkanlah iklan rumah untuk credit yang telah dibeli.

Satu iklan, Mudah akan tolak 3 kredit dari akaun kita. Jadi kau boleh masuk berapa banyak iklan yang kau suka. Janji credit yang kau beli masih mencukupi. Satu iklan tu tak silap aku lebih kurang 120 hari juga. Panjangkan masa.

Apa yang aku suka, Mudahnya memang tersangat mudahlah untuk dapat terus target pembeli. Aku masuk iklan 2 rumah plus 7 bilik (2 rumah) dalam tempoh 10 hari beriklan je semua rumah dan bilik dah dapat penyewa.

Fuhhh, dia punya laju memang sekali iklan diluluskan kau akan terima banyak WA dan call masuk, rujuk pada iklan yang dimasukkan.

Dalam tempoh 10 hari beriklan tu, aku bukanlah masuk sekali je. Aku buat berkali-kali iklan. Tukar ayat iklan. Tukar gambar. Maksudnya kau kena kreatif jugalah. Kata kunci untuk tajuk iklan juga penting supaya pembeli masuk Mudah yang memang cari apa yang diperlukan terus jumpa iklan kita.

Yang ni aku cuba untuk bahagian sewaan rumah, hartanah. Kalau kau nak cuba untuk jenis produk lain pun boleh. Cuma mungkin agak berbeza untuk setiap kredit iklan.

Kau yang nak pelbagai medium iklan, bolehlah cuba. Modal pun taklah tinggi mana. Target pelanggan pun mudah dapat. Senang bangat orang kata. Sambil cuba, dapat tambah ilmukan.

Comments

Popular Posts