Kata kunci Betul Menulis Blog
Tek : Anys Idayu Zakaria
Dalam setiap kelas blog ABDR, kita tidak memberi jaminan jualan meningkat atau meletup-letup. Tetapi kita tunjukkan contoh yang membantu pembaca/pelanggan membuat jejak kedai atau blog melalui google.
Label dan kata kunci ini sangat penting bagi membantu usahawan/pemilik kedai/pemilik blog fokus menulis untuk memudahkan blog dijejak di carian google.
Hanya perlu fokus dan konsisten, supaya tulis harini bertahun-tahun masih boleh dijejak. Yang ini memang terbukti. Contohnya saya sendiri pernah menulis tentang 'kedai makanan ringan' minggu ini sahaja lebih dua kali orang call nak beli jajan dan air kotak. Bila tanya jumpa no dari mana. Jawabnya google. Nasiblah saya ingat tentang cerita yang pernah dikongsi dalam blog.
Kalaulah kita selalu tulis tentang produk dan servis yang kita tawarkan, memang tak mustahil lah mudah orang jumpa di google kan.
Nak belajar? Kami sudah buka KELAS ASAS BLOG PENULISAN DAN BLOG BISNES BULAN SEPTEMBER.
Comments
Post a Comment