Tuesday, 28 February 2017

Teknik Close Sales

Teks : Anys Idayu Zakaria 

“Dik, tak pernah nampak turun café. Tingkat berapa kerja. Staff baru ke?” Amboi rancak abang tu bertanya. Tak menyempat aku ambil makan. Tup tup tup dia bagi soalan.
.
“Tak lah, lama dah sini. Saya jarang-jarang sekali turun. Biasa bawa bekal je. Bila tak bawa bekal jadi lupa pulak nak turun makan. Heee
.
“eh, eh gitu pulak ye”.
.
Jawapan polos je aku bagi. Yelah tadi pagi bukan main aku dok merencana dalam kepala. Pukul 8.30 ni mesti turun café kejap. Kalau idak, habis la kuih muih. Ke sana ke mari, akhirnya lewat sejam aku turun.
.
Sambil tapau makan, sempat abang tu bertanya gedepak gedepuk soalan. “pernah rasa sambal ketuk makan dengan ayam berempah. Kami ada buat lunch pack tau. Siap-siap boleh terus hantar ke pejabat.”
.
“owh ye, mesti sedap ni kan. Boleh la cuba juga nanti”
.
“Boleh-boleh. Bulan depan kami baru nak buat. Boleh bagi no telefon. Nanti kalau ada kita bagitau. Tak payah susah-susah turun beli makan kan”
.
“Boleh, salinlah no saya ni. 01xxxxxx.”
.
“Terima kasih. Nanti kami bagitau” Aku pun berlalu berlenggang-lenggang membawa tapau naik pejabat.
.
Fuh, power abang ni punya marketing. Mula-mula dia ajak aku sembang. Siap tanya asal mana. Bila aku kata duduk Jb lama dah. Asal Kelantan. Mula dia bercerita pernah pergi Kelantan berjalan sana sini. 2-3 saat die tukar pula topik pada sambal ketuk. Siap dah dapat aku punya no telefon. Kira dah close sales la tu. Tinggal dia nak follow up dan promo je dengan aku. Kahkah.
.

Aku terfikir, bukan ke ni cara aku belajar teknik close sales hari tu.

1. Cari persamaan dengan pelanggan. Macam abang tu tadi, bila tau aku dari Kelantan, mula dia buka sikit cerita dia pernah ke sana.

2. Beri tawaran kepada pelanggan. Kemudian dia siap offer lunch pack pada aku. Siap bagitau lagi tak payah susah-susah turun bawah cari makan. Nampak di situ, dia tau aku ni tersangat rajin nak mencari makan. Hehehe