Kepentingan Menulis Secara Konsisten Di Blog
Teks : Anys Idayu Zakaria
Assalamualaikum, selamat petang.
Kalian nak tahu, saya ada sesuatu nak kongsikan, iaitu kenapa pentingnya kita tulis blog hari ini. Mesti mula sekarang.
Semalam sahaja saya terima lebih dari 5 panggilan, mereka yang tanya
My Qalam dan juga pemborong makanan ringan. Ni semua gara-gara google dah bantu sebarkan apa yang saya tulis.
Dah bertahun sebenarnya posting ini ditulis di blog tapi sampai sekarang pun ada lagi yang
mencari. Kalau My Qalam tu hampir setiap hari ada sahaja mereka yang mencari.
Jadi
kalau dah hilang arah punca nak menulis macam mana ye? selain dari
menjual melalui penulisan kita apakah ada cara lain untuk buat duit
melalui blog?
Anys Idayu Zakaria itulah
pentingnya kena terus konsisten menulis. tulis catatan harian dan
catatant pengalaman, dua ini label penting membantu supaya lebih
konsisten menulis setiap hari. Fokus pada label dan tajuk blog
Dhuha Rashidi Betul.
Saya sekarang cuba menulis tajuk yang saya tengok ramai orang google.
So sekarang tajuk yang orang cari di blog saya berkaitan kelas ,bengkel,
kursus, khat untuk pelajar sekolah. Saya fokus itu dulu .nak tengok
traffic macamana dalam beberapa tempoh. Kemudian. Ada satu sekolah
swasta ni call saya untuk bincang hal kelas khat daerah selangor. Dia
google.
Dhuha Rashidi Oh begitu ya. Patutlah cikgu kata buat saja. Hehehe. Paham sudah.
Buat sahaja, jalan terus. Jangan baru tulis sekali dua sudah tanya bagaimana mahu jana pendapatan dari blog, tulis tulis tulis. Jangan putus asa dari menulis dan berkongsi. Boleh ;)
Anys Idayu Zakaria
Rezeki menulis blog
Rezeki menulis blog
Comments
Post a Comment