Tip Beriklan Melalui Penulisan

Teks : Anys Idayu Zakaria 
 
"Kak, saya ni sebenarnya penat dah buat iklan 100 kali pun tak de orang terpikat. Boleh tolong bagi tips sikit"

"Ni yang saya kongsikan bukanlah tip sangat pun. Ni apa yang saya dan kawan-kawan FB praktikkan. Senang sangat. Kalian suka tulis? Kalian tulis sahaja cerita. Macam kita belajar menulis karangan gitu. Cerita apa-apa sahaja kaitan tentang kehidupan, ulasan peristiwa, kisah jenaka, kisah bisnes, jatuh bangun dalam dunia bisnes. Orang sekarang suka baca kisah begini. Secara tak langsung orang akan tahu kalian  berbisnes apa, melalui penceritaan yang ditulis."

"Betul ke. Macam tak percaya sahaja?"

" Cuba pergi buka FB. Follow rakan-rakan yang suka menulis. Ada kalian tengok mereka iklan memanjang. FB pun penuh cerita tah apa-apa. Ada yang kelakar, ada yang sedih, ada yang bermanfaat. Kadang tu, nak cari iklan sehari pun susah. Tapi orang tau je mereka bisnes apa. Belajar lah dari cara mereka. Mereka tulis dan kongsi. Orang suka baca apa mereka tulis. Jadi orang followlah mereka. Sekali sekala up iklan pun ramai yang terpikat. Beriklan pun gaya tak iklan. Orang pun tak tahu sebenarnya mereka tengah menjual. Agak-agak tak yakin lagi, follow FB mereka. Tiruvasi cara mereka.

Kalau rasa bermanfaat cubalah praktikkan. Mudahan berjaya. Carilah idea nak menulis ye.

.
Anys Idayu Zakaria (Aiz)
Sekadar berkongsi tip.

Comments

Popular Posts