Alhamdulillah Syukur
Teks : Anys Idayu Zakaria
Alhamdulillah terima kasih Allah untuk kehidupan hari ini dan semalam. Semoga yang baik-baik sahaja menyinari hidupku. Semoga Engkau sentiasa permudahkan apa juga urusan kehidupanku.
Alhamdulillah syukur, 15 Februari lalu genap usiaku 33 tahun. Tuhan masih beri peluang untuk aku meneruskan kehidupan di dunia fana ini. Berbaki usia menuju akhirat perlu terus memperbaiki diri ke arah kebaikan. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Terharu sungguh dengan ucapan doa dan ingatan daripada rakan-rakan FB, keluarga Ma dan abah.
“Selamat hari lahir kak long mogax kak long sentiasa ceria dgn likux hidup sebagai ibu tunggal dgn kerenah anakx yg sedang membesar abh dan ma sentiasa doakan kak long supaya berjaya dlm hidup dan kerjaya kak long amin” (ucapan abah)
Abah, memang sentiasa ingat tarikh lahir anak-anak, termasuk cucu-cucu beliau. Jika zaman sekolah dulu, setiap kali menyambut hari lahir, pasti abah akan hulurkan duit sebanyak RM50, sebagai tanda hadiah. Dan pastinya aku beli buku dan simpan duit tersebut. Kini, doa dan ingatan sangat-sangat bermakna untuk aku.
Comments
Post a Comment