Minat Membaca Tukar Kepada RM

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Buku buku buku memang menjadi kecintaan saya sejak zaman sekolah lagi. Rupanya Tuhan sudah takdirkan saya yang minat membaca ni, berkongsi ilmu dan nilai yang ada dalam buku tersebut dengan menjalankan bisnes menjual buku juga.

Menempuh dunia bisnes memang macam-macam ragam. Lagilah ketika mula-mula buat bisnes dulu, memang susah sangat nak cari pembekal yang menjual buku, secara dropship. Selain menjadi agen dropship buku dengan Puan Masayu. Bila Nampak sahaja rakan yang ada jual buku yang saya minat, terus saya lamar untuk jadi agen dropship mereka. Ha ha ha. Terbalik pula. saya yang tawar diri nak jadi agen. Ada tu langsung tak tahu macam mana fungsi dropship. Sempat jugalah jadi agen beberapa orang penulis buku itu sendiri, dan rakan-rakan lain. Sebelum saya bertemu dengan Founder Gerobook, Pokcik Kancil Oyen Tuan Sazali Samsudin. Dengan beliau memang mudah, servis yang cepat, dan buku juga mudah didapati. sampai sekarang saya masih menjadi antara agen yang aktif. Chewah perasaan kah kah. 

Saya pula sebenarnya bukanlah bergerak sendiri, saya membantu rakan lain yang nak belajar berbisnes, saya tawarkan mereka untuk cuba buat dropship dengan menjual buku. Saya bentuk team dropship sendiri untuk jualan buku. Apa yang saya terapkan tak perlu bermula dengan modal besar, untung besar, janji belajar dulu cara berjualan.

Betullah kata orang minat akan menjadikan kita seronok dan kekal lama. Mula dulu saya berimpian untuk membina bisnes kedai buku, ala-ala café. Haha ini gara-gara terpengaruh dengan sebuah novel. Tapi bila fikir semula, menjual buku lebih baik kerana kita mengalakkan mereka menyimpan buku tersebut. Inilah cara bagaimana kita jadikan minat bertukar kepada RM.


Comments

Popular Posts