Cara Mula Bisnes Online Dengan Dropship
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Entri hari ini berkaitan dengan soalan yang selalu saya terima daripada pembaca blog. Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah di sini, dan mereka secara personal menghubungi saya untuk bertanyakan soalan. Insya Allah saya akan cuba bantu melalui pengalaman saya sendiri.
Antara soalan yang sering mereka tanya :
"Saya tidak ada bisnes, tak tahu macam mana hendak mula. Blog pun tak ada. Produk pun tak ada''
"Saya nak belajar berkenaan bisnes online, tapi tak tahu nak mula macam mana"
"Saya nak tahu macam mana nak mula bisnes online, saya tak berapa pandai"
Ada 3 langkah mudah untuk kalian yang masih keliru bagaimana nak mulakan bisnes secara online.
3 teknik mudah ini sangat sesuai untuk yang zero basic, yang baru nak belajar berbisnes, tanpa perlu modal yang terlalu tinggi.
1. Pastikan kalian ada akaun facebook. Media sosial ini merupakan landasan bisnes yang paling mudah, ramai yang mula dengan hanya menggunakan facebook. Kalian boleh lihat berapa ramai usahawan yang mempromosikan produk mereka di sini.
Dulu saya sendiri buka akaun facebook memang hasrat dan niat mahu berbisnes secara online. Nak promosi barang di fb, sebab kita sendiri tak ada modal yang banyak untuk buat marketing/pemasaran dengan menyewa kedai.
2. Pilih apa sahaja produk untuk kalian mula berjualan. Digalakkan mula dulu dengan dropship. Bagi yang masih belum jelas macam mana bisnes dropship, boleh baca di sini http://anysidayu.blogspot.com/2013/04/bisnes-dropship.html
Melalui facebook juga, kalian boleh cari begitu ramai usahawan yang menawarkan dropship untuk produk mereka. Atau boleh sahaja lihat di sini http://sohodirectory.blogspot.com
Selepas pilih produk, mula rancang strategi atau cara untuk pasarkan produk tersebut di facebook. Mudah sahaja, upload gambar produk, masukkan details, dan muat naik ke status facebook kalian.
Kongsi kebaikan produk, jangan hanya iklan semata-mata.
Boleh mula belajar hasilkan pages untuk produk tersebut. Usahawan online di facebook lebih bagus gunakan pages untuk pasarkan produk, berbanding facebook personal.
3. Bina blog kedai online. Blog merupakan medium pemasaran paling efektif untuk kita perkenalkan produk, dan memperkenalkan diri pada pembaca dan bakal pelanggan. Blog lebih meluas dan mudah dijejak pelanggan berbanding facebook.
Facebook biasanya, hanya untuk rakan-rakan, keluarga dan saudara mara terdekat. Kita jarang sekali berkawan dengan orang yang tidak dikenali di facebook. Jadinya, pasaran produk kita lebih terhad.
Tapi sebenarnya kita masih boleh gunakan pages, dengan menggunakan servis iklan berbayar di pages facebook. Ok, yang ini nanti kita cerita kemudian.
Berbanding jika kita gunakan blog. Blog lebih mudah dijejak pelanggan jika kita hasilkan blog yang mesra pembaca, selalu konsisten menulis, dan selalu buat blogwalking, untuk bertukar link blog dengan blogger lain.
Belajar gunakan blog sebagai kedai online yang berfungsi 24 jam, walaupun kita sibuk tak sempat menjenguk kedai, kedai online kita sentiasa dibuka, dan kita boleh terima tempahan setiap hari.
3 langkah mudah ini, kalian perlu konsisten dan fokus buat bersungguh-sungguh jika mahu berbisnes online. Sama juga macam kita buka kedai biasa di luar, jika mahu pelanggan singgah dan masuk ke kedai kita, pasti kita perlu buka setiap hari kan. Jadi, dengan berbisnes online, cara yang paling mudah kita perlu perkenalkan produk kita setiap hari di facebook, dan perlu konsisten menulis dan berkongsi di blog supaya mudah untuk pelanggan jejak.
Untuk 3 langkah ini, kalian boleh sertai AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR)
Di ABDR, kalian boleh mula dalam kelas online blog bisnes. Belajar berbisnes online secara dropship dengan menggunakan produk yang akademi sediakan, dan berpeluang belajar hasilkan blog kedai online.
ABDR menawarkan beberapa produk pilihan untuk dropship. Hanya pilih suka yang mana
1. Makanan sunnah (air zam-zam, jus delima, zafaran, jus kurma dan lain-lain)
2. Produk makanan (nasi arab, serunding, keropok keping, tamar coco dan lain-lain)
3. Telekung solat
4. Produk islami (e-iqra, quran digital)
Pilih dropship, dan belajar hasilkan kedai online blog. Belajar bagaimana nak mula perkenalkan produk di facebook dan blog.
Untuk sertai kelas ini, kalian boleh hubungi saya di sini ya
Email : anysidayu.blogspot.com
sms /wsapp : 017-7912993
Comments
Post a Comment