Bisnes Dropship
Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Carian goggle
Foto : Carian goggle
Bisnes dropship adalah satu bisnes yang paling mudah dilakukan. Bagi yang berminat untuk menjalankan perniagaan di internet tanpa mengeluarkan modal yang besar, dan tanpa perlu menyimpan stok anda boleh memilih untuk melakukan bisnes secara dropship.
Dropship ialah pemborong atau pembekal yang memberi peluang kepada mereka yang minat berniaga untuk menjual barang-barang tanpa perlu mengeluarkan modal. Ia merupakan satu peluang bisnes yang mampu memberi pendapatan lumayan jika dilakukan dengan konsisten dan bersungguh-sungguh. Konsep bisnes dropship amat mudah dilakukan kerana anda tidak perlu membungkus dan menghantar barang tempahan kepada pelanggan. Hanya perlu mengambil tempahan pelanggan. Anda perlu mendapatkan semua maklumat tentang produk yang hendak dijual daripada pembekal. Sekiranya mendapat tempahan, anda hanya perlu bayar kepada pembekal mengikut harga agen yang telah diberikan. Keuntungan yang anda perolehi anda simpan. Kemudian, pembekal akan menguruskan proses membungkus dan menghantar produk kepada pembeli.
Bisnes dropship ini adalah yang paling mudah dilakukan kerana anda hanya perlu promosi, promosi dan terus promosi untuk mendapat jualan. Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli dan menyimpan stok yang banyak. Malah risiko kerugian akibat stok tidak habis juga dapat dielakkan. Keuntungan yang diterima hasil jualan produk dropship adalah keuntungan bersih, kerana anda telah membayar kepada pembekal harga agen yang diberikan beserta caj pos jika ada.
Anda cari pembeli - dapat tempahan dan bayaran - bayar kepada dropshipper (pembekal produk) - dropshipper hantar produk kepada pelanggan - untung anda simpan (harga jualan - harga agen yang diberikan oleh pembekal).
Ringkasan proses jual beli dropship seperti foto ini :
Bisnes dropship ini semakin mendapat perhatian ramai terutamanya pelajar universiti, suri rumah dan sesiapa sahaja yang mencari pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan modal yang besar untuk memulakannya.
Comments
Post a Comment