Kepentingan Akaun Semasa Untuk Usahawan

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria


Bismilllah. Lama rasanya tidak berkongsi di ruangan blog ini. Macam sibuk sangat je ye. Alhamdulillah kita masih lagi berada dalam bulan Syawal, bulan penuh perayaan, bulan berkunjung-kunjung menziarah sahabat handai dan kaum keluarga. Syawal kami sekeluarga masih di rumah sahaja belum ke mana-mana. Insya Allah mungkin hujung minggu ini baru berkesempatan.

Sebenarnya hari ini saya nak berkongsi sesuatu dengan pembaca blog, mengenai kepentingan akaun semasa kepada para usahawan.  Bulan ramadhan lepas saya berkesempatan untuk membuka akaun semasa di maybank tujuan khas untuk bisnes. Sebetulnya saya sudah cuba daftar online beberapa kali tapi gagal. Ingat tak awal tahun lepas saya pernah berkongsi, yang saya sudah menghadiri kelas akaun online bisnes. Jadi dari situ saya mula tahu kepentingan akaun semasa untuk usahawan. Boleh baca ulasan tentang kelas ini di sini ya  http://anysidayu.blogspot.com/2014/03/ilmu-urus-akaun-bisnes-untuk-elak.html.

Jadi selepas saya sudah belajar dan tahu pentingnya kita sebagai usahawan untuk mula membuka satu akaun khas bisnes (lebih bagus akaun semasa), saya  bercadang untuk tidak melenggahkan lagi kerja ini. Tak silap saya, bulan Mei saya ke Maybank di cawangan berdekatan rumah, Ulu Tiram untuk tujuan ini. Prosedurnya tidaklah rumit sebenarnya. Saya memilih untuk daftar secara online kerana tidak memerlukan penjamin. Jadi kenalah pulang dulu, daftar online dan datang semula ke bank selepas mendapat pengesahan daripada pihak bank.

Jika kita mahu mula akaun semasa di bank, kita perlu menyediakan wang pendahuluan untuk buka akaun sebanyak RM1,000.00 dan dengan seorang penjamin.  Bagi saya lebih mudah jika kita daftar secara online sahaja. Jika kita sudah ada akaun Maybank2u, kita hanya perlu ke ruangan daftar online untuk pendaftaran. Syarat-syarat juga sudah sedia ada di situ. Hanya perlu RM500.00 sahaja tanpa penjamin. Selepas itu, kita hanya perlu tunggu pihak bank menghubungi kita untuk pengesahan pendaftaran dan urusan di bank. 

Kemudian saya mula daftar online. Tunggu punya tunggu juga pihak bank telefon. Tapi hampeh. Tak ada pula. Kebetulan hari cuti, saya terus ke bank untuk bertanya tentang status pendaftaran akaun tersebut. Rupanya status gagal, tidak masuk dalam sistem mybank walaupun status permohonan online berjaya. Dengan hampa, pulang semula kena daftar lagi. Pegawai bank sudah mengingatkan, selepas 3 hari saya perlu menelefon pihak bank jika tidak menerima sebarang panggilan.

Kemudian dek kerana kesibukan tugas saya terpaksa tangguhkan lagi. Awal Ramadhan saya cuba semula. Memang dah semangat berkobar-kobar nak buka akaun ni, sebab saya pernah terima panggilan daripada Maybank kerana terlalu banyak transaksi masuk ke akaun personal dalam tempoh sehari. Rupanya baru saya tahu. Akaun simpanan, tidak boleh lebih daripada 10 transaksi sehari. Jika tidak, Maybank akan block akaun kita untuk sementara waktu. Leceh jugakan bagi kita sebagai usahawan kalau tiba-tiba hadapi masalah seperti ini. 

Kali kedua mendaftar online, saya masih tunggu lagi beberapa hari. Pihak bank langsung tak hubungi. Bila saya hubungi masih lagi statusnya tiada permohonan diterima. Ok la, tak pe daftar pun online, jadi tak ada susah mana. Tapi pengawai tersebut sudah berjanji mahu semak semula dengan HQ mereka, dan berjanji untuk menghubungi saya semula. Oleh kerana tidak sabar, esoknya saya cuba menelefon HQ Maybank dan memaklumkan status permohonan saya.  Akhirnya kali ketiga daftar baru permohonan masuk dan diterima pihak mereka.  Mulalah dua kali juga pihak Maybank menghubungi saya untuk maklumkan status permohonan berjaya dan saya perlu ke bank untuk urusan seterusnya.

Untuk urusan di bank lebih mudah, saya hanya perlu bawa kad pengenalan sahaja. Dan wang sebanyak RM500.00. Tidak perlu menunggu lama untuk proses, kerana dokumen semua sudah sedia ada, saya hanya perlu tandatangan beberapa dokumen yang mereka sediakan. Dan mereka siapkan dengan mudah dan cepat. Tapi kita perlu jelaskan dengan terang butir-butir perniagaan supaya tidak ditolak pihak Bank Negara. Wang RM500 juga sebenarnya kita tak perlu bawa tunai, boleh pindahkan dari akaun simpanan ke akaun semasa secara online atau di mesin ATM. Lebih mudah lagi, kita boleh minta pihak bank hubungkan terus akaun simpanan dan akaun semasa. Jadi kita tak perlu guna dua kad bank yang berbeza. Untuk sebarang transaksi pengeluaran di mesin ATM, atau secara online kita hanya perlu pilih sahaja akaun mana untuk urusan tersebut.  Bila online mybank2u, kita boleh lihat dan semak kedua-dua akaun serentak. Mudahkan.  Kita juga boleh minta buku cek jika mahu.

Alhamdulillah, sekarang sudah ada akaun semasa. Saya tak perlu risau lagi kalau sehari lebih daripada 10 transaksi keluar masuk ke akaun bisnes ini :)  Lebih mudah juga untuk kita asingkan wang bisnes dan wang peribadi sebenarnya.

Ok di sini saya ringkaskan sedikit tips untuk mereka yang mahu buka akaun semasa untuk bisnes :

1. Daftar secara online di Maybank2u, daftar untuk buka akaun semasa. Hanya perlu sediakan RM500, tanpa penjamin jika daftar secara online. Baca segala syarat yang telah disediakan di situ.

2. Tunggu sehingga 3 hari, pihak bank telefon. Jika masih belum hubungi, kita perlu ambil alternatif hubungi pihak bank tersebut untuk pengesahan.

3. Pergi ke bank, bank kad pengenalan. Wang RM500 boleh pindahkan secara online atau masukkan di mesin ATM bila akaun sudah dibuka.

4. Pastikan kita mengisi nama bisnes dengan lengkap untuk mengelakkan sebarang pertanyaan dan soal jawab dari pihak bank.

5. Jangan lupa minta pegawai bank ''link''kan akaun simpanan kita dengan akaun semasa yang baru dibuka. Untuk mudah kita semak dan urus pengeluaran dengan hanya satu kad bank sahaja.

6. Selesai. 

Mudahnyakan. Ok untuk yang tambah ilmu kewangan bisnes, kalian mesti hadiri bengkel urus akaun bisnes ini. Insya Allah lebih banyak manfaat dan perkongsian tentang urus kewangan yang akan kita perolehi.

 > Belajar rekod dan catat aliran tunai
> Belajar mengapa banyak kos lebur, untung tidak ada
> Jejak kenapa jualan sudah banyak, untung tidak ada
> Belajar jejak punca kebocoran wang
> Belajar untuk simpan dan reward diri atau gaji untuk diri sendiri dahulu

Bengkel Offline Asas Akaun

Tarikh: 16.08.2014, Sabtu
Lokasi: Shah Alam
Tempat- 2nd Floor PKNS Bizpoint Shah Alam
Masa: 9.30pg - 5.30ptg
Yuran: RM220

Modul
1. Pengenalan Book keeping and accounting
2. 10 kesalahan yang biasa dilakukan oleh entreprenuer
3. How to do record keeping
4. Basic costing and Pricing. Bagaimana anda meletakkan Harga?
5. Profit & Loss...anda untung @ Rugi????
6. Case Study (full set of Bookeeping)
case study - hands on task. Full cycle how to do book keeping.

Bonus 1:
Ebook asas blog
Ebook 101 idea home based bisnes

Bonus 2:
2 tahun periklanan di soho directory

Bonus 3:
Jaminan pulangan wang

Untuk pendaftan, boleh hubungi saya ya :

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wtsapp : 017-7912993





Comments

  1. Tips yang berguna. Terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  2. Halo pemirsa di seluruh dunia, Ada kabar baik untuk Anda semua hari ini dapatkan kartu ATM Kosong Anda yang berfungsi di semua mesin ATM di seluruh dunia. Kami memiliki program khusus kartu ATM yang dapat digunakan untuk meretas mesin ATM, kartu ATM dapat digunakan untuk menarik di ATM atau geser, di toko dan POS. Kami memberikan kartu ini kepada semua klien yang tertarik di seluruh dunia, Kami memberikan Kartu ATM Kosong. Apakah Anda ingin menjalani kehidupan yang baik yang dianggap ilegal, cara termudah untuk menjadi jutawan. itu juga memiliki teknik yang membuat CCTV tidak mungkin mendeteksi Anda dan Anda hanya dapat menarik sejumlah $ 5.000 Dolar dalam sehari di Mesin ATM juga tersedia saat pengiriman tunai. Kami memberikan hingga $ 10.000,00 hingga $ 1.000.000,00 Dolar Dengan layanan peretasan jaringan kami. Kami dapat Memulihkan semua uang Anda yang hilang ke Bitcoin dan mata uang Crypto lainnya, penipuan hipotek / realestate, dan ICO palsu dalam waktu 48 jam atau kurang. (Thomas Freddie Hackers) bekerja sama sebagai tim untuk melacak & memulihkan dana kembali dari PENCIPTA internet yang paling sulit. CATATAN!! Kami telah menerima laporan memilukan yang tak terhitung jumlahnya dari penipu terkenal dan kami berhasil memulihkannya kembali melalui kontak thomasunlimitedhackers@gmail.com

    Hubungi kami di ((Pemulihan Biner. Kelas Universitas. Menyeka Catatan Kriminal, Peretasan FB & IG, Telegram, Muatan & Peretasan Telepon)) membatasi kami dengan pekerjaan Anda & izinkan kami memberi Anda hasil positif dengan keterampilan peretasan kami. Kami bersertifikat dan privasi Anda 100% aman bersama kami. Jangan khawatir lagi tentang masalah keuangan Anda, Jika Anda membutuhkan layanan peretasan cyber lainnya, kami siap membantu Anda kapan saja, kapan saja, jadi hubungi kami melalui Alamat Email kami: thomasunlimitedhackers@gmail.com

    Salam
    THOMAS FREDDIE HACKER TANPA BATAS
    Kirim email ke thomasunlimitedhackers@gmail.com
    Telepon / SMS: +1 (985)465-8370
    Motto: Kami menawarkan layanan tercepat dan terpercaya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts