UIasan Kelas Akaun - Ilmu Urus Akaun Bisnes Untuk Elak Kebocoran

Teks : Anys Idayu Hj Zakaria

Alhamdulillah, selesai sudah kelas akaun urus niaga bisnes WAHM SOHO, secara online sahaja, semalam. Ilmu yang sangat berguna dan bermanfaat. Kena duduk semula tengok kesilapan dalam menguruskan akaun bisnes selama ini.

Rupanya basic akaun yang kita belajar di kolej, universiti, tak sama  dengan urus akaun untuk bisnes. Ilmu urus akaun bisnes ni, kita belajar untuk kita praktikkan sekarang, untuk kita lihat keuntungan yang kita perolehi daripada hasil bisnes yang sedang kita jalankan. 4 faktor utama sebelum memulakan bisnes jika tidak dilakukan, akan menyebabkan akaun bisnes kita huru hara.



BILA KITA mengambil keputusan untuk berniaga apa yg sepatutnya kita buat?
1. Daftar syarikat
2. Buka Akaun Bank. (kalau belum mendaftar, guna akaun bank personal yg tak aktif)
3. Peruntukkan sejumlah modal. Contoh andai nak berniaga apa2 jenis barang sila peruntukkan sejumlah modal, contoh RM500. bila kita dah ada modal semua perkara yg kita belanjakan untuk berniaga kita gunakan duit dari modal,BUKAN ambik duit dari poket sendiri !!!
4. Peruntukan sejumlah gaji untuk diri sendiri

4 perkara asas ini sangat penting. Jika belum buat, belajarlah dalam kelas akaun bisnes. Jika sudah ada perlu DISIPLIN!!!! Belajar lagi cara betul urus akaun bisnes supaya tidak berlaku KEBOCORAN pula.
 
Antara lain yang ditekankan ialah merekod walau 5 sen duit yang kita keluarkan. Disiplin, jangan campur aduk duit bisnes dan personal antara faktor penting, kalau tidak memang bocor, bocor, bocor sentiasa. Kita syok berbisnes, ingatkan dah untung untung rupanya rugi.


Untuk elak kita rugi yang tak nampak dalam bisnes, KEBOCORAN melanda, wajiblah belajar urus akaun bisnes dengan betul. Yang dah ada bisnes, yang baru nak mula bisnes memang wajib attend kelas akaun ni supaya tak terlepas pandang benda penting sebelum run business


Alhamdulillah, walau dah bertahun bisnes, masih belum terlambat untuk mula semula. Terima kasih mentor kak Masayu Ahmad memberi peluang pada saya untuk ikuti kelas ini. Jika berkesempatan, ada untung lebih berbisnes, rebutlah peluang ini, walaupun hanya asas akaun sahaja, jelas menunjukkan betapa pentingnya ilmu ini untuk bisnes kita.
 





kelas seterusnya pada 24/3/13, juga sudah ditempah dan sudah penuh.  Seterusnya kelas pada 31/3/14, masih ada kekosongan lagi. Yuran kelas hanya RM150, berbaloi dan tidak ternilai dengan ilmu yang diperolehi. Akan dapat membantu kalian untuk terus mencatat keuntungan lebih daripada pelaburan ini. Insya Allah cubalah, kerana saya sendiri telah selesai mengikuti kelas ini. Memang sangat berbaloi.

Pendaftaran untuk tarikh 31/3/14, boleh terus melalui saya:

Email : anysidayuzakaria@gmail.com
sms /wtsapp : 017-7912993





Pendaftaran bengkel "Branding Yourself Strategies" masih dibuka.

Jangan tunggu lama kerana tempat adalah terhad.
Pilih antara lokasi ini:
MMU , Melaka (5 April 2014)
UTM KL, Kuala Lumpur (6 April 2014)
Kota Bahru, Kelantan (26 April 2014)

Daftar segera dengan saya :
✉ Email : 
anysidayuzakaria@gmail.com
✉ Sms / wtsapp : 0177912993






Comments

Popular Posts