Mudahnya Kaedah Pemasaran Melalui Online
Teks : Anys Idayu Hj Zakaria
Gambar : Simpanan peribadi
Bismillah,
Dek kerana penat dengan situasi macam ni, saya mula terfikir untuk pasarkan produk secara online sahaja, sebab pernah terdengar orang kata guna facebook untuk berniaga. Apa lagi saya pun ambil peluang ini. Beli laptop, beli broadband. Buat akaun facebook. Mula cari produk untuk jualan. Saya hanya cari untuk dropship sahaja. Memang niat buka facebook dulu semata-mata untuk berbisnes. Ada ke yang macam saya, heheh.
Tiada yang mustahil untuk dicapai, jika dengan usaha dan kesungguhan. Bisnes apa pun yang kita jalankan jika fokus dan sungguh-sungguh pasti ada kejayaan.
Perkongsian ikhlas,
Gambar : Simpanan peribadi
Bismillah,
Alhamdulillah, mudahnya kaedah pemasaran kini. Saya makin suka dan seronok pasarkan produk secara atas talian. Masih ingat lagi dulu ketika mula-mula berbisnes, payahnya rasa untuk memasarkan produk. Sebelum pandai berjinak-jinak dengan kaedah online, saya hanya menggunakan kaedah offline sahaja. Agaknya ada atau tidak rakan-rakan yang pernah buat cara sebegini.
Antara cara yang pernah saya buat ialah, mula fotostat iklan kemudian saya hantar ke kedai surat khabar minta mereka selitkan iklan saya dalam surat khabar harian. Alhamdulillah, ada juga lekat dan berhasil. Selalu sehari dua selepas letak iklan ada orang akan menelefon bertanyakan produk tersebut.
Saya pernah juga cuba cara ini. Pergi dari rumah ke rumah, selitkan kertas iklan produk. Macam yang biasa kita tengok sekarang. Budak-budak lelaki yang letak katalog dalam peti surat. Nak upah seperti itu masih belum mampu, mahal juga barangkali kosnya. Jadi cara mudah, tanpa keluar kos yang banyak saya pergi letak sendiri di peti surat setiap rumah, di kawasan perumahan berdekatan.
Iklan jenis ni kalau nak tahu saya tulis tangan sahaja, kemudian fotostat banyak-banyak. Tiada istilah malu atau segan. Selit sahaja la dalam peti surat mereka. Ada juga yang pelanggan yang melefon. Ketika zaman itu saya sedang menjalankan bisnes MLM, produk harian dan produk kesihatan. Jangan terperanjat tau, ketika itu saya sedang hamil anak pertama. Wah, kuat juga kaki ni berjalan ye, hehe.

Ini contoh pamplet yang saya pernah edar dan selit di akhbar. Sekarang pun masih jual lagi ye kalau ada yang berminat. hihi, iklan sekejap. Ni saya dah lekat di blog aizmall.blogspot.com.
Satu ketika lagi, ketika saya pernah menjalankan satu bisnes pengiklanan, saya sanggup pergi dari satu kedai ke satu kedai. Bercerita dengan tauke kedai, jika mereka berminat untuk mengiklankan produk mereka di internet. Terimbas memori, minggu lepas ketika menyusuri jalan-jalan yang pernah saya lalui itu. Sayu hati, sungguh saya tak sangka saya sanggup meredah deretan kedai di situ, untuk memperkenalkan pakej iklan dengan syarikat tersebut. (Syarikat online juga, tapi sudah lupa namanya.). Alhamdulillah, memang ada juga hasilnya. Bila diimbas semula, alahai sama sahaja konsepnya seperti ruangan iklan yang sedang saya lakukan sekarang, di soho directory. Aduhai mudah saja sebenarnya kalau buat secara online. Yelah dulu memang main redah je ke mana-mana, sebab memang zero langsung untuk pasarkan produk secara online.
Owh ye, pernah juga saya letak iklan produk di laman web majalah.com, sampai sekarang masih lekat rupanya iklan tersebut di situ. Ada juga la beberapa kali terima panggilan mereka mahukan produk mesin penapis air (Iklan mesin penapis air Elken). Ketika itu saya sedang berbisnes Elken. Boleh baca sini ya, http://anysidayu.blogspot.com/2013/07/pengalaman-bisnes.html.
Bila diimbas kembali, sayu hati, nak menangis pun ada, susahnya nak mempromosi dan memperkenalkan produk ketika itu. Almaklum, tangan ni tak pandai lagi nak mengodeh-godeh menggunakan blog. Malah akaun fb pun saya tak ada ketika itu.
Dek kerana penat dengan situasi macam ni, saya mula terfikir untuk pasarkan produk secara online sahaja, sebab pernah terdengar orang kata guna facebook untuk berniaga. Apa lagi saya pun ambil peluang ini. Beli laptop, beli broadband. Buat akaun facebook. Mula cari produk untuk jualan. Saya hanya cari untuk dropship sahaja. Memang niat buka facebook dulu semata-mata untuk berbisnes. Ada ke yang macam saya, heheh.
Hari ini, alhamdulillah, bersyukur sangat dengan rezeki kurniaan Allah. Terima kasih kepada mentor kak Masayu Ahmad kerana sudi mencurah ilmu berblog.
Dari situlah mula saya aktif memasarkan produk secara online. Mula-mula hanya melalui fb, dan kemudian setelah belajar menggunakan blog kini saya sudah ada 3 kedai maya. Alhamdulillah, kedai online ini juga masih aktif menerima tempahan walaupun saya jarang sekali mempromosi di fb.
Pada saya bisnes online ini lebih mudah kerana kita tak perlu begitu membazir masa, tenaga dan wang ringgit untuk keluar urus kedai di luar. Kedai hanya atas talian. Kita hanya perlu buat promosi, perkenalkan produk, update produk, jamu tetamu dan pembaca yang singgah di blog melalui entri-entri segar setiap hari. Itulah yang dikatakan kedai dibuka setiap hari. Tambah pula, sebenarnya bisnes online ni memang tak berapa mengganggu masa sangat, sebabnya bila kita sudah mula pacak kedai secara online, belajar teknik yang betul menggunakan blog dan facebook, produk kita memang mudah sangat dijejak pembaca dan pembeli. Walaupun kita sibuk dengan kerja lain, masih juga masih tempahan produk daripada pembeli. Mereka jejak sahaja melalui carian google Dari situ barulah ada istilah duit masuk walaupun kita sedang tidur lena.
Untuk yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes, memang saya sangat sarankan mula dulu dengan facebook, blog dan produk dropship. Semenjak saya mulakan kaedah pemasaran online, saya banyak buat jualan hanya secara dropship sahaja. Rasa sudah penat untuk berhabis tenaga dan masa. Saya sudah penat mahu kumpul produk, jadikan stok dan jual. Akhirnya bila barang tak laku, kita sendiri yang stress, duit modal pun tak bertambah-tambah, lagi susah nak tambah produk lain. Yang nak menangis lagi bila kita sendiri terpaksa gunakan. huhuk.
Beli buku
agama, buku motivasi & ebook di sini Aizmall Gedung Buku
Online
Beli produk
sunnah dan kelengkapan solat di sini Aizmall Sunnah Online
Beli pelbagai
jenis produk kesihatan, makanan dan produk borong bisnes di sini Aizmall Gedung Online
Sertai kami di
Akademi
Bekerja Di Rumah. Untuk yang berminat mendaftar
kelas online asas membina blog fanpage bisnes atau penulisan, hubungi saya :
Email : anysidayuzakaria@gmail.com
Sms/ Whatsapp
: 017-7912993
Add saya di
facebook https://www.facebook.com/anies.aiz
Comments
Post a Comment