Pengalaman Bisnes

Teks : Anys Idayu Zakaria


Sejak dari dulu lagi saya memang minat menambah pendapatan dan berniaga. Kalau sebelum kahwin bermacam-macam jenis bisnes saya ceburi daripada bisnes MLM hinggalah menjual barangan ke pejabat. Kalau dulu, abah lah yang selalu bagi support untuk berbisnes. Pantang ada peluang bisnes pasti saya dahulu akan dimaklumkan. Nak kata kami dari keluarga bisnes, tak juga. Ma dan abah tak pernah berniaga. Tapi Ma saya memang ada mengambil upah menjahit baju. Mungkin juga dari situ. Pantang ada peluang pasti saya cepat-cepat bertanya dan mendapatkan info tentang bisnes tersebut.
Dulu sebelum memulakan bisnes online, saya suka menjual kain pasang, barang-barang daripada katalog dan pernah juga menyertai beberapa buah syarikat MLM. Alhamdulillah apa pun jenis bisnes yang saya lakukan untuk permulaan pertama pasti akan berhasil dan mendapat keuntungannya.  Tambah pula saya memang sungguh-sungguh melakukannya.
Sebenarnya saya ingin berkongsi pengalaman bisnes MLM pada tahun 2009. Ketika itu saya sudah pun berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan.  Pada mulanya saya berkenalan dengan upline saya ni kerana beliau datang ke pejabat untuk menghantar barang yang dibeli oleh bos. Oleh kerana saya PA, jadi sayalah yang berurusan dengan beliau mengambil barangan tersebut. Sambil mengambil barang pesanan sambil bertanya bisnes apa yang beliau jalankan. Lantas beliau memperkenalkan saya dengan produk kecantikan daripada Syarikat Elken.  Setelah mendengar penerangan beliau, mulalah saya tertarik untuk mencuba bisnes tersebut. Untuk permulaan, saya telah menghadiri kelas dan latihan di Stokis Elken di Taman Molek, Johor Bahru. Saya mula diperkenalkan dengan produk-produk hebat keluaran syarikat Elken.  Tapi saya lebih menumpukan kepada produk kecantikan dan kesihatan, iaitu produk wanita dan kesihatan pula produk penapis air.  Dengan bantuan upline, saya mula mengadakan beberapa home-party di rumah untuk memperkenalkan produk dan kebaikan produk tersebut.  Alhamdulillah hasil home party tersebut beberapa rakan dan ahli keluarga telah membuat belian penapis air dan produk kecantikan.  Lebih kurang 3 bulan menyertai bisnes Elken ini, saya dapat bergelar Pengurus. Level pertama dalam peringkat pelan pemasaran ELKEN.  Saya juga telah menyertai pelbagai jenis kursus dan latihan yang dianjurkan. Memang seronok dan yang penting dapat menambah ilmu dalam bidang bisnes.  Selain itu dapat juga berkenalan dengan ramai yang telah Berjaya. Dapat serap sedikit ilmu dan perkongsian hebat daripada mereka.
Dan sebenarnya pengalaman yang paling saya tidak boleh lupakan semasa menjalankan bisnes ini ialah saya dapat membeli kereta dengan menggunakan penyata bank hasil jualan Elken untuk 6 bulan pertama. Saya rasa itulah yang membuatkan saya sentiasa bersemangat dalam menjalankan bisnes.  Kerana apa pun yang saya lakukan memang saya akan usaha sehabisnya. Alhamdulillah berhasil dengan berkat rezeki  daripada Allah s.w.t.

Walau bagaimanapun, setelah setahun lebih menjalankan bisnes ini, tahun 2011 saya mula bergerak perlahan kerana pada tahun tersebut saya sudah menghantar kakak ke tadika. Jadi saya perlu lebih menumpukan masa waktu malam dan hujung minggu dengan anak. Melihat perkembangan pembelajaran setiap hari supaya tidak ketinggalan.  Tambahan pula, saya keluar berjumpa prospek selalunya pada waktu malam atau hujung minggu.  Begitu juga jika ada latihan di stokis saya akan pergi selepas habis waktu pejabat.  Jadi saya terpaksa menghadkan masa ke sana.  Dan akhir 2011 pula saya mula mendaftar masuk ke UTM untuk menyambung pelajaran secara separuh masa.  Masa hujung minggu pula sudah tentu dihabiskan dengan mengadap buku dan menghadiri kelas.  Sudah tentu masa untuk menjalankan bisnes ini agak terhad.  Jadi perlahan-lahan saya terpaksa menarik diri daripada bisnes ini.  Walaupun rasa sayang, tapi saya perlu utamakan yang lebih penting.  Tapi dalam masa yang sama saya sudah mula berjinak-jinak mencari dan menggali peluang bisnes di pasaran internet pula.
Kenangan di Elken memang tidak dapat dilupakan, apatah lagi saya beberapa kali pernah menang cabaran yang dianjurkan oleh syarikat. Dapat juga beberapa barang percuma, hasil daripada penyertaan downline dan belian produk tersebut.

Comments

  1. Pengalaman adalah guru yg paling berpengaruh. Melalui pengalaman kita belajar sesuatu yang baru. Namun jangsn dilupa, masih ada lagi cara untuk kita belajar. Antaranua ialah dengan mengikuti kursus dan seminar serta bsnyakkan membaca.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts