Sinopsis Komik Gaza


Image may contain: one or more people


Sinopsis Komik Gaza 1
Gaza dan 15 adik-beradiknya hidup bahagia di Palestin - memancing, berniaga roti Tabun, dan bersama-sama kerajaan Turki Uthaminiyah membangun Hejaz Railway, sebuah projek landasan kereta api dari Istanbul ke Madinah untuk meringakan perjalanan jemaah haji.
Dalam kegembiraan mereka, ada helah jahat sedang dirancang oleh Israel dan Theodor Herz untuk menakluk Palestin.
Dan siapa sangka, bukan Israel dan Herzl sahaja yang punya rancangan jahat. Turut ada musuh dalam selimut yang berusaha menjatuhkan khilafah Islam ketika itu.
Tapi...siapa?
Dan kenapa?


No photo description available.

Sinopsis Komik Gaza 2
Hidup Arab! Jatuh Turki!
***
Keamanan Palestin mesti dipertahankan! Begitu azam Gaza.
Namun, bukan semua berkongsi makna keamanan yang sama. Ada pihak yang merasakan perpecahan itu perlu demi membina Palestin yang baru.
Yang salah tetap salah, biarpun ramai pengikut. Ketaksuban boleh meretakkan perpaduan yang selama ini menjadikan Palestin kuat.
Dan apabila Palestin goyah, pihak musuh bijak menyusun langkah.
Apakah akan terjadi kepada Gaza dan adik-beradiknya yang lain?
Bagaimanakah nasib empayar Islam selepas kejatuhan Sultan Abdul Hamid II?

Comments

Popular Posts