Sekolah Penulisan Ramadan

Dah banyak kali lalu dan melintas depan mata. Tapi harini baru Allah gerakkan hati untuk baca betul-betul modul dan isi kandungan kelas. 

Mungkin di kesempatan dan masa PKP inilah peluang untuk tambah lagi ilmu. Hanya perlu sedikit yuran kebijaksanaan tanda komitmen mahu ilmu dan belajar, tanpa perlu bersusah payah ke lokasi, keluar duit minyak, duit makan. 

Dah akhirnya harini aku berjaya daftarkan sebagai salah seorang Pelajar Sekolah Penulisan Ramadan. Kelas bermula 8-15 Mei ini. Tawakkal kepada Allah. Tuntut ilmu kerana Allah. 

"Esok  virtual summit Sekolah Penulisan Ramadan akan bermula. Ada kawan-kawan yang mahu belajar, tulis biar sampai jadi? Terus ke web. 

Comments

Popular Posts