Suri Rumah Zero Hutang

Dua minggu lepas, aku tergerak hati nak beli e-book ni. Dan minggu lepas, aku selesai membaca keseluruhan isi e-book tersebut.

Ebook "Suri Rumah Zero Hutang" tulisan Puan Masayu Ahmad. Bukan orang asing untuk aku. 

Puan Masayu Ahmad ni bekas wartawan dan merupakan pengasas  Akademi Bekerja Di Rumah atau lebih dikenali dengan ABDR. Dan aku merupakan salah seorang alumni ABDR ni.

E-book ni mengandungi 50 muka surat dan ilmu serta tips yang mahal. Banyak yang aku belajar dari ebook SRZH ni.

Mengetengahkan isu tentang gaya hidup orang zaman sekarang yang suka berhutang. Sama ada terpaksa berhutang atau berhutang demi memenuhi kehendak nafsu yang inginkan sesuatu di luar kemampuan diri sendiri.

Kebanyakkan orang sekarang ni memang tak akan terlepas dari hutang. Termasuklah aku sendiri.

Hutang pertama paling besar semestinya hutang PTPTN. Bayangkan, baru nak mula melangkah ke alam universiti dari alam persekolahan, kita dah memulakan langkah dengan HUTANG. Dan hutang yang ini kebanyakkan dari kita mengambilnya kerana terpaksa.

Dan lepas habis belajar, tak semestinya kita terus dapat kerja. Kalau dapat kerja pun tak semestinya dapat gaji yang mahal. Akibatnya, hutang belajar tak mampu nak bayar.

Makin lama, keperluan dan kehendak makin besar. Dan dek kerana mudahnya untuk membuat pinjaman zaman kini, kita terus mengambil peluang untuk membuat pinjaman. Bertambah lagi hutang.

Pening kepala nak fikir macam mana nak bayar hutang kan? Banyak kot. Lumrah semua dah maklum. Kita pinjam banyak tu, tapi nak kena bayar lagi banyak. Huhu. Sedih bila fikir.

E-book puan Masayu ni Insha'Allah boleh memberi sedikit panduan bagaimana kita boleh membayar segala hutang yang ada dan seterusnya menuju matlamat, zero hutang.

Aku suka tips- tips yang diberikan.

Antaranya, tips untuk persediaan berhenti kerja. Ya, ini matlamat aku sekarang. Berhenti kerja dengan zero hutang.

Selain tu ada juga strategi bagaimana kita nak urus semua hutang- hutang kita tu. 

Dan paling aku suka ialah tips Kaedah Sampul. Kalau nak tahu apa itu kaedah sampul, klik link kat komen ye.

Banyak lagi tips dan strategi yang Puan Masayu syorkan dalam ebook beliau ni. Semuanya boleh kita praktikkan kalau kita benar- benar ingin melepaskan diri dari belenggu hutang.

Kesimpulannya, e-book ni banyak bagi idea kat aku bagaimana aku nak mulakan strategi untuk menuju ke arah matlamat aku dalam masa 1-3 tahun akan datang. Time freedom and Financial Freedom.

Berminat nak tahu lebih lanjut tentang e-book ini, boleh klik link kat komen ye.

* Terima kasih Puan Anys Idayu Zakaria. Mohon tunjuk ajar ye😄

Comments

Popular Posts