Pakai Baju Masa Solat Tanda Syukuri Nikmat Allah
“Pakai baju waktu solat, jangan tak pakai baju. Itu semua tanda kamu mensyukuri rezeki yang kamu ada.”
Itu antara pesan ustaz yang saya sukar nak lupa. Selalu pesan ke suami, sibuk macam mana pun, masa solat, pakai baju. Kita nampak simple, ya orang lelaki boleh solat tak pakai baju kerana auratnya berbeza dengan wanita.
Namun, ada rezeki pakaian, maka pakai. Jangan sampai macam tak mensyukuri apa yang ada.
Kita ada sedikit, syukur.
Ada banyak, lagi banyak bersyukur.
Kita nak mohon kepada Allah dalam keadaan kita bersyukur, maka kena jaga adab-adab begitu. Lainlah memang kita dah tak ada baju bersih, maka tak ada alasan lagi ya.
Kawan-kawan, kalau kita tak bersyukur dengan rezeki yang sedikit, bagaimanalah Allah nak beri dengan lebih banyak?
Ketahui lebih banyak kisah insiprasi dengan membeli “E-Book 21 Cerita Murah Rezeki” melalui link ini https://bykhm.onpay.my/order/form/21cmr/aiz
Comments
Post a Comment