Orang Tak Bagi Kita Duit

Pernah tak orang tegur, apa ni buat bisnes macam-macam. Tak penat ke? Ada masa ke? Fokus je la satu. Apa ni guna FB untuk bisnes. FB kan untuk berkawan-kawan. 

Jangan pandang apa orang kata tentang apa yang kita buat. Kita sendiri yang tahu dan faham. 

Orang tahu ke anak kita nak makan sedap pun tak dapat. Orang ambil tahu ke kalau anak kita sakit malam-malam kena ke hospital nak guna duit banyak. Orang tahu ke kita bantu perubatan mak ayah. 

Orang tak tahu. Dan orang tak ambil peduli. Jadi tugas kita tak perlu ambil peduli kata orang. Orang tak bagi kita makan. Orang pun tak bagi kita duit bulan-bulan nak tampung keperluan kita. 

Biarkan hanya kita, pasangan kita dan Allah sahaja yang tahu. 

Tugas kita tak perlu mengadu sana sini, mengeluh macam masalah kita seorang yang teruk. Usaha dan bangkitlah. Buatlah bisnes apa pun yang kita boleh buat. Janji boleh bagi manfaat untuk orang lain. 

Kalau kita asyik fikir orang kata dan akhirnya kita pun tak gerak-gerak sebab tak nak orang kata, jangan salahkan orang lain. Salahkan diri kita sebab asyik fikir cakap orang.

.
aizmenulis
Sebarkan Kebahagiaan & Kasih Sayang

.
Jemput  follow dan set see first FB Anys Idayu Zakaria untuk baca lebih banyak perkongsian tentang #mulabisnesdropship, #motivasidiri #resipimudahsuribekerjaya dan #tipbahagiasuamiisteri. 

Terima kasih. ❤️

Comments

Post a Comment

Popular Posts