Proses Marketing Perlu Sentiasa berterusan
Seorang rakan datang ajak bersembang.
"Saya nak cari duit lebih. Suka tengok akak buat bisnes. Tapi saya tak pandai. Jual buku haritu pun saya buat tak jadi.
Saya suka bisnes. Minat saya buat-buat kek. Buat desert.
Tapi tu la, bila buat saya takut tak de orang nak beli. Persaingan ramai dah."
Aku bagi idea pada dia. Minggu depan nak raya haji so apa kata open order popia cheese. Aku dah siap order 3 balang.
"Ala, saya tak pandai buat ayat iklan. Erm..Lepas raya haritu terus stop buat. Nak mula semula ni yang susah sikit."
.
Kawan, sebab itulah proses pemasaran ni kita tak boleh berhenti. Bila berhenti, maka momentum akan hilang.
Dah hilang tu, payah pula kita nak cari semula. Nak dapat semangat semula tu bukan kejap tau. Ambil masa.
Penting jangan putus asa. Tak kesah persaingan banyak atau tak, kelompok rakan kita dan orang sekeliling kita tak sama.
Kita jual pada mereka. Belum tentu orang sebelah utara pun jual pada mereka. Yang penting usaha buat dan tunjuk pada orang apa kita jual.
Kalau orang sekeliling tak ramai nak beli, guna medium facebook, group wassap, group iklan fb.
Kena pelbagaikan cara kita promo. Jumpa semula customer lama tanya feedback. Tawarkan promosi raya, atau promosi gaji.
Tawarkan sikit komisen kalau kawan ada rekomen rakan mereka beli. Tentu mereka seronok kan.
Bila mereka suka, maka mereka pun rajinlah promo produk kita jual. Win win situation. Barang kita laku. Kita balik modal ada untung, dan mereka juga ada komisen.
Jom terus usaha pelbagai cara. Jangan penat dan putus asa. Proses pemasaran jangan stop. Jangan cuti dan rehat lama.
Lama-lama berkarat tu yang susah nak gilap semula.
.
Like dan #SHARE jika korang rasa bermanfaat. Jom follow dan set see first FB Anys Idayu Zakaria jika korang tak nak terlepas posting-posting menarik dari saya.
#aizmenulis
Comments
Post a Comment