Cara Mudah Bagi FB Nampak Cantik

Mudah sangat langkah permulaan untuk make up FB kita.

Nak mula belajar branding, dan bina trust cuba buat dua langkah mudah ni.

1. Gambar profile sila guna gambar sendiri. Sebaiknya hingga paras dada atau nampak jelas muka kita. Nak pakai blezer smart-smart pun cun juga.

Contoh macam gambar aku di profile tu la. Kan korang boleh tengok macam mana aku. Tinggi ke rendah, gelap ke cerah. Bertudun ke tidak. Gitu. Nampak kat luar pun mudah cam dan nak tegur kan.

2. Guna nama sendiri. Nama penuh lebih baik.

Mak ayah kita bagi nama molek-molek siap ada makna lagi. Gunalah. Nama tu juga nak disorok. Guna pula nama tak apa-apa tu kan.

Ada ke kucing, rama-rama atau bunga jual barang.  Nama penggali kubur, Salju di danau rindu. Aishh takut rasa nak berkawan dan membeli dari pemilik fb ni.

Kalau basic ni pun kita tak mampu nak buat bermaksud kita juga tak mampu bina trust orang lain pada kita.

.
Like dan #SHARE jika korang rasa bermanfaat. Jom follow dan set see first FB Anys Idayu Zakaria jika korang tak nak terlepas posting-posting menarik dari saya.

#aizmenulis

Comments

Popular Posts