Untung Yang Merosakkan Bisnes

Pernah dengar agen main harga? Kononnya nak jual harga murah dengan niat nak sedekah. Niat nak bantu pelanggan dapat apa yang mereka mahukan.

Sebenarnya cara ni ialah "untung yang merosakkan bisnes."


Melalui cara main harga, korang mungkin akan dapat pelanggan ramai dan produk cepat habis. Tapi korang fikir tak peniaga lain yang jual barang sama, dengan harga yang dah ditetapkan.

Mungkin mereka ni ada yang mencari rezeki untuk sesuap nasi anak di rumah. Mungkin ada yang mahu lunaskan hutang. Kita tak tahu apa niat mereka berniaga tapi ada di kalangan mereka ni yang tak pernah main harga langsung. Dan akibatnya mereka sendiri terhimpit dengan peniaga lain yang jual produk sama, tapi dengan harga yang jauh lebih rendah.

Jika betul niat kita untuk bersedekah, kenapa tidak kita jual ikut harga yang ditetapkan. Kemudian dengan untung yang kita dapat kita guna untuk bersedekah.

Bukannya jual dengan harga jauh lebih rendah dari harga sebenar, tapi dengan niat nak bersedekah, nak bagi stok cepat habis atau ak dapat banyak untung dan ramai pelanggan.

Konsep ini jika kalian guna pakai, inilah yang dikatakan untung yang merosakkan bisnes.
.
Ulasan sikit daripada apa yang suami aku share dari buku FTR. Aku masih tekun nak baca buku mini 15 Rahsia Asas Rezeki. #aiz #pencintabuku

Comments

Popular Posts