Siapakah Penulis Upahan?

Siapakah Penulis Upahan?
Maksud Penulis Upahan (Ghostwriter) adalah penulis yang mengambil upah menulis sebarang bentuk penulisan (artikel, buku, teks ucapan, proposal dan lain-lain dengan bayaran tertentu dan mengikut masa serta syarat yang ditetapkan. Nama kita tidak tercatat pada hasil kerja yang kita lakukan.
Prospek ghostwriter boleh jadi sesiapa sahaja. Menteri, bisnesman, guru, tokoh politik hatta orang biasa tetapi mereka memerlukan khidmat kita sebagai penulis. Mereka memberi kita upah untuk menulis mengenai diri atau kehidupan mereka.

Jenis kerja yang boleh ditawarkan oleh Ghostwriter
a)Menulis artikel, ebook, rencana, status FB, kenyataan akhbar, teks ucapan bagi pihak pelanggan.
b)Menukar audio kepada teks
c)Mengambil idea daripada 10 buah buku untuk dijadikan sebuah buku
d)Menterjemah buku
e)100% kajian daripada penulis dan menulis bagi pihak pelanggan
f)Menulis buku biografi tokoh pelbagai bidang
g)Menulis buku-buku agensi kerajaan
h)Menulis SOP syarikat
i)Menyediakan proposal atau profil syarikat
j)Menyediakan pelbagai surat mengikut kehendak pelanggan
Pre Order Ebook Kisah benar 10 Orang Penulis Upahan di Malaysia buat duit dengan menulis Ramadan ini.
"Confessions of Ghostwriter"

Comments

Popular Posts