Sesi Kelas Tulis Terbit Ebookstore



Tek : Anys Idayu Zakaria

"Jika rasa belum yakin untuk terbit buku fizikal sendiri, belajar dulu terbit ebook sendiri. Lebih mudah dijual."

"Sudah ada ebook, boleh print beberapa naskah jadikan buku fizikal untuk "show off" pada orang di luar."

Tulis, terbit dan miliki ebookstore sendiri amat mudah untuk kita. Penulis yang sudah ada ebook perlu ada ebookstore sendiri untuk jual ebook. Mereka yang tak minat menulis, tapi minat menjual boleh daftar sebagai agen affiliate. Boleh juga daftar ebookstore jika mahu.

Alhamdulillah selesai kelas pengenalan sistem ebookstore dan sesi alumni penulis Ebook di bawah kendalian Puan Masayu Ahmad.

Para speaker Pn. Begum Irdawati, Mr. Sam. Barisan urusetia kak Hifzaila Hafni kak Saniah Mat Sanat dan Rakan-rakan penulis. Terima kasih juga pada puan Hazwani Abd Hamid, kerana sponsor tempat kami belajar harini di Pusat training beliau Amani Academy, Cheras.

Terima kasih untuk ilmu harini. Sebelum ni asyik tertanya-tanya bagaimana dan macam mana nak masuk ke ebookstore. Ebookstore sendiri pun belum tengok rupa dah ramai pm tepi nak daftar sebagai agen affiliate. Tunggu ya nanti saya update.

Alhamdulillah walau masa singkat tapi banyak ilmu yang dapat. Kalau lebih masa confirm lebih banyak soalan nak tanya.

Terima kasih semua. Mari memecut dengan  had kelajuan yang tinggi untuk siapkan sikit lagi ebook pertama ni. Sikit je lagi nak tiba garisan penamat. Yang sebenarnya inilah permulaannya.

Comments

Popular Posts