Tulis dan Terbit Ebook

Tek : Anys Idayu Zakaria

“Saya nak tulis buku tentang super daddy. Nak share tip kisah seorang bapa dengan anak tiri. Kongsi pandangan, pengalaman dan penerimaan dari sisi saya sendiri,”

Aku menyahut dengan riangnya, “boleh sangat. Tak perlu peduli orang kata kenapa nak tulis kisah sendiri. Nampak macam riak pulak nak menunjuk. Dah sememangnya kita tulis buku, boleh tulis kisah hidup kita sendiri.

Memang buku yang ditulis tu salah satu objektifnya untuk kenangan dan ingatan kepada diri, dan untuk generasi sendiri satu masa nanti. Dari kisah hiduplah orang banyak belajar perbetulkan apa yang salah, apa yang kurang. Tambah apa yang sediada untuk masa hadapan.”

Sama jugalah konsepnya seperti kita menulis ebook. Ada juga kisah pengalaman hidup ditulis dan dijadikan ebook.

Konsep penulisan dan terbit ebook lebih mudah. Kini kami sedang rancak menulis ebook, bakal terbit dan jual sendiri.

Kemudian boleh tulis berapa banyak ebook dan terbit serta jual di ebookstore sendiri. Inilah antara pendapatan pasif yang boleh kita jana sebagai penulis ebook.

Untuk yang mahu sertai kelas ebook, masih ada 10 lagi kosong kelas ebook sesi Mac. Daftar dengan yuran RM300, jawab 8 soalan analisa dan bersedia selama sebulan untuk fokus menulis. Kalian yang betul-betul mahu boleh hubungi saya 0177912993.

#kelasebook #milikiebookstoresendiri #agenaffiliateebookstore

Comments

Popular Posts