Tugas Ghostwriter

Sebenarnya bukanlah mudah menjadi ghostwriter ni. Banyak pengetahuan kita kena ada. Terutama tentang bidang atau topik yang mahu kita tulis.

Jawapan dari masalah ni, aku kena lebih banyak membaca. Kena pilih topik dan bahan bacaan ikut kesesuaian. Pemilihan artikel pelanggan ghostwriter juga mengikut apa yang kita suka tulis.

Untuk sebulan punya job ghostwriter, aku memang bahagi dua dengan husband. Untuk minggu ini, siap 2 posting dari penulisan aku. Dan 1 posting dari husband.

Adil la tu kan. Bayaran untuk 3 posting aku yang dapat. heheheh mengelat sungguh kan. Kerja bahagi dua, tapi hasil untuk seorang.  #ghostwriterjunior

Comments

Popular Posts