Kelas Ghostwriter Online

MURAHNYA YOU CHARGE!
---------------------------------------

Minggu lepas waktu survey tempat untuk reunion Ghostwriter kami Ahad ni, saya jumpa satu lagi kisah benar dunia penulis yang diupah ni.

Dr. Harith, pemilik villa mewah di Seksyen 12 Shah Alam tu rupanya seorang copywriter dan ghostwriter juga.

Kita memang akan ditemukan dengan orang yang sealiran dengan kita ya.

Dia tanya, berapa upah menulis yang kami tawarkan kepada client.

Saya jawab :

+ RM40 / muka surat untuk manuskrip saiz A4.
+ Font Time New Roman,
+ 12. Langkau dua baris.
+ Dibuat dalam tempoh 30 hari hingga 60 hari

'Murahnya you charge!" Terkejut dia.

"I pun copywriter. Biasa buatkan teks ucapan untuk VIP. Nak tahu berapa charge servis tu?" Soalnya

"Berapa Dr?" Saya menunjuk minat.

"Satu perkataan, biasaya kita charge RM1.50." Jawab dia selamba.

"MasyaAllah RM1.50 per perkataan?" Tahulah kan muka orang terkejut macam mana? hihihihi

"Ya, kerja menulis ni bukan semudah yang disangka. Kita buat homework, perah otak, spend masa dan tenaga untuk siapkan bahan untuk client." Jelas dia panjang lebar.

"Betul tu Dr, tapi ramai yang tak tahu. Sebab tu kami di UpahMenulisCom cuba create awareness soal servis ghostwriter ni. Beri penjelasan hak kedua-dua pihak. Buat secara profesional." Saya pun mula membawang secara terhormat seputar dunia ghostwriting ni 😁

Memang benar tuan puan, ada juga ghostwriter yang letak charge sehingga RM150/muka surat upah menulis profesional mereka.

Sebenarnya sama sahaja macam servis profesion lain. Akhirnya ia terpulang kepada persetujuan kedua belah pihak.

Nampak gaya perjuangan UpahMenulisCom masih banyak dan panjang.

InsyaAllah seperti biasa, hujung minggu ni sambil reunion saya masih uruskan juga Kelas Online Ghostwriter
Junior.

Berkongsi input bagi mereka yang mahu jadikan menulis sebagai kerjaya sambilan atau sepenuh masa.

Ada SOP dan cara nak deal dengan client.

May Allah ease everything.

Aamiin

P/S : Siapa yang berminat ikuti kelas online boleh lihat di sini -----> https://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlineghostwriter/anies

Kelas seterusnya pada 2-3 Mac 2019. Secara online di group. Kalian yang berminat sila klik link https://upahmenulis.onpay.my/order/form/kelasonlineghostwriter/anies

Comments

  1. Betul Anys. Just nak bagitau (tak nak bagitau kat fb atas sebab sebab tertentu), suami saya dulu buat kerja ghostwriting ni bersekali dengan menjadi konsultan, upahnya untuk siapkan dokumen syarikat nak minta geran boleh capai sampai RM50K. Kekadang itu ikut jumlah geran yang diminta, bayaran adalah 3% dari jumlah geran tersebut. Itu yang akak nampak potensi ghostwriting ni dan nak cuba buat secara professional. Sebelum ni akak cuma tolong-tolong suami aje hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts