Buku 50 kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah

Tek : Anys Idayu Zakaria

Sebelum ni aku banyak buat dropship. Jadi pengalaman pos barang tak banyak. Sejak dah pegang stok buku sendiri ni dah beberapa kali aku buat pengeposan.

Seminggu dua kali gigih aku berjalan dari office ke pejabat pos. Nasib baik dekat, tak sampai 5 minit. Jadi tak sempat nak haus sangat. Hehhe.

Sampai di pejabat pos, beratur beli sampul pra bayar. Kemudian tulis nama pada slip. Masukkan buku dan sampul. Ambil gambar buku-buku yang nak dipos dan akhir sekali beratur untuk hantar barang di kaunter pengeposan.

Bulan puasa ni memang ramailah seller yang buat pengeposan terutamanya biskut raya dan pakaian. Aku pulak, buat pengeposan buku.

Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan, buku juga santapan minda di musim perayaan. Mak-mak Hilangkan stress kerja dan di rumah dengan membaca.

Buku di tangan berbaki 3 buah sahaja lagi. Hari Rabu ni last untuk pengeposan sebelum cuti raya. Kos pos pun dah jadi Rm7 tau lepas zero GST ni. Awak-awak yang cuti panjang raya nanti, bolehla isi masa terluang dengan membaca buku ini. Aku amat pasti, banyak yang akan kalian dapat dari buku ini.

Aiz
Kisah 1&2
Penulis bersama Buku 50 Kisah Rezeki Luar Biasa Suri Rumah.

Comments

Popular Posts