Perbaharui SSM
Tek : Anys Idayu Zakaria
Hari ni baru aku berkesempatan untuk perbaharui SSM. Terlambat sehari, tarikh mati semalam. Rupanya dah mudah sekarang. Nak perbaharui SSM hanya gunakan mesin yang mereka sediakan di kaunter luar.
Betul teruja aku, buat tak sampai 5 minit dah siap dan dah dapat sijil SSM yang baru. Hanya perlukan ic sahaja kemudian masukkan details lengkap yang diperlukan. Buat pilihan kita nak perbaharui selama berapa tahun. Buat bayaran dan mesin akan cetak dokumen SSM kita yang baharu.
Tapi awas, ada denda yang dikenakan jika kita lewat perbaharui. Tadi aku kena RM20, sebab lewat sehari. Mak ai, kalau sebelum-sebelum ni kadang tu sampai sebulan lebih aku lewat perbaharui. Confirm la jenuh nak bayar denda je lebih mahal dari harga renew.
Kau yang belum renew SSM lagi untuk 2018, baik semak semula bila tarikh luput. Nanti tak pasal melayang duit bayar panelti je.
Comments
Post a Comment