Sunday, 8 October 2017

Gerobook Event

Tek : Anys Idayu Zakaria

Semalam selesai sudah Bengkel Penulisan anjuran #gerobookevent. Diam tak diam rupanya sudah masuk bengkel keenam anjuran kami. Bermula Februari lepas.

Matlamat utama team kami adalah menjadi penghubung di antara speaker dan peserta terutamanya warga JDT serta Singapura. Kami amat berbesar hati atas kesudian sahabat dari negeri lain yang melapangkan masa untuk menghadiri kelas dan bengkel yang kami anjurkan.

Semoga usaha tak seberapa ini membantu memudahkan kalian untuk hadir mana-mana bengkel anjuran kami di Johor. Terima kasih buat semua yang menyokong.

Insya Allah akan ada satu lagi kelas terakhir untuk tahun ini di Johor bersama Gerobook Event, sebelum kita tutup tirai, bertemu semula 2018.

Nantikan kelas BERSALIN TENANG kendalian Puan Hanz Jamaludin.  Ada yang mahu turut serta, bolehlah kosongkan jadual pada 11 November ini. Terima kasih.