Saturday, 16 September 2017

Jangan Pernah Rasa Putus Asa

Jangan pernah ada rasa nak give up. Pernah tengok video patrick bet david?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=861746120606432&id=487575078023540

Nah tengok sekali lagi

Dalam video tu ada ditunjukkan apa yang dia buat. Dia ketuk pintu rumah sorang brader. Mula-mula kena halau. Ketuk lagi dan lagi. Akhirnya brader tu bagi dia masuk.

Apa yang kita boleh belajar dari situ adalah konsisten dan bersungguh-sungguh buat sessuatu. Konsisten bercakap tentang produk kita.

Tapi bukan menjual. Bercakap saja. Cerita apa bestnya kita guna produk ni. Cerita apa manfaat yang kita dapat bila guna produk ni. Ceritakan apa yang jadi bila orang lain pakai produk ni.

Konsisten dan berterusan berkongsi. Itulah hidup seorang seller. Kalau duduk diam, bila orang nak tahu.

Mana ada istilah buka kedai, orang berderet datang. Buka kedai, orang terus datang bertalu-talu. Mereka juga buat marketing setiap hari.

Kalau ada pun, itu cuma mitos dalam movie atau drama pukul 7 je. Setuju.