Monday, 24 July 2017

Belajar Branding

Tek : Anys Idayi Zakaria

Untuk newbies yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia bisnes dan nak gunakan FB, sebaiknya kalian belajar dulu menulis dengan cara yang betul, dan belajar bagaimana nak membina personal branding diri sendiri.

Personal branding tidak memerlukan produk. Sebab kita nak up diri kita. Kita nak orang kenal siapa kita. Kita nak berkawan dan besarkan networking.

Tak kesahlah kau buat dropship ke, produk sendiri ke, buat servis ke. Yang penting belajar dulu personal branding. Kalau yang ada produk sendiri boleh la belajar produk branding & personal branding. Kan sekali jalan tu.

Bukannya kau duk up produk tak henti-henti di FB. Rakan FB pun ada berapa kerat, networking pun tak berkembang. Pastu kau meroyan kata penat duk buat sales hari-hari tapi tak de orang nak beli.

Orang tak kesah kau jual apa. Tapi orang akan kesah, dan seronok berkawan kalau kau pandai beli hati dan jiwa mereka. Macam mana? Itulah penting personal branding.