Menulis Dengan Ejaan Penuh Cara Branding Diri

Tek : Anys Idayu Zakaria

Kau tahu kawan dulu ketika zaman baru belajar berblog saya sering ditegaskan supaya menulis dengan ejaan penuh. Mula tak berapa nak faham sangat fungsinya. Tapi sebagai pelajar yang taat setia saya ikut sahaja. Rupanya bila sudah berjinak-jinak dengan dunia penulisan, dan membina branding diri baru faham pentingnya mengeja penuh. 

.
Kerana mengeja dengan penuh aku pernah dapat pujian daripada seorang rakan di FB. Katanya suka baca apa yang aku tulis. Mudah faham. Ejaan penuh. Tiada ringkas-ringkas.

.
Bukan pujian itu yang nak dibanggakan. Nak bagitau, bila apa yang kita tulis orang mudah faham jadinya orang sukalah baca setiap penulisan kitakan. Dari situlah kita belajar mengumpul ‘follower’.

.
Biarlah orang kata macam budak sekolah, baca ayat buku teks. Tak mengapa, kerana di sekolah pun kita dilatih begitu. Kenapa tidak diteruskan ilmu tersebutkan.

Ok jom mula hari ini tulis dengan ejaan penuh, salah satu cara membina branding diri anda!

.
Aiz
Nak muntah hijau rasa bila baca ejaan tak penuh.

Comments

Popular Posts