Ulasan Kelas Blog Bisnes
Monday, 6 March 2017
Ulasan Kelas Blog
Foto : Carian Google
Alhamdulillah,
nampaknya selesai tugasan-tugasan penting untuk memulakan blog.
Sebenarnya, hasrat untuk menulis blog sudah lama terpendam sejak tahun
2009 lagi. Iaitu sejak saya merasakan ingin berkongsi satu persatu
pengalaman menjaga anak yang sakit kanser Neuroblastoma pada ketika itu.
Niat saya ingin menulis untuk menjadi panduan dan rujukan bagi orang
lain, terutamanya yang diduga dengan ujian yang sama.
Pada
masa itu saya ada bina blog menggunakan wordpress. Tetapi kalau tak
silap saya, sempat 2 atau 3 entri saja. Blog tu pun sudah tidak wujud
rasanya. Sedangkan pada ketika itu (dan sehingga kini), masih ada
rakan-rakan yang menantikan kisah-kisah pengalaman saya tersebut.
Tahun
berganti tahun, saya masih berhutang cerita lagi nampaknya.
InshaaAllah, sampai masa nanti saya akan 'langsaikan' hutang tersebut
sedikit demi sedikit melalui Catatan Pengalaman saya didalam blog ini.
Sehinggalah
pada bulan Januari lalu, Puan Arbee Ali mesej saya dan menjemput saya
menyertai Kelas Asas Penulisan Blog ini. Pada masa itu memang saya sudah
pasang niat untuk membuka blog baru setelah menjadi Perancang Harta
Pusaka. Kerana hal ehwal harta pusaka ini kadangkala lebih sesuai
diceritakan panjang lebar melalui blog berbanding di facebook.
Dipendekkan
cerita, Allah memudahkan rezeki saya untuk menjadi pelajar kelas
tersebut bagi Februari 2017. Saya dibimbing oleh Puan Anys Idayu
Zakaria. Membuat blog dengan berguru ni lebih teratur caranya daripada
hentam buat sendiri. Puan Anys mengajar langkah demi langkah. Jika ada
yang tak faham atau tak menjadi, kami bebas bertanya. Biarpun
kadang-kadang saya rasa soalan saya tu terlampau 'basic' juga. Tapi demi
menimba ilmu, biarkanlah. Malu bertanya, sesat pula jalannya nanti.
Alhamdulillah,
walaupun sekecil-kecil ilmu, ia tetap berguna untuk saya. Tetapi apa
yang paling penting adalah inisiatif saya sendiri untuk konsisten
menulis. Hmm..... kadang agak mencabar juga. Harap agar terus istiqamah
demi berkongsi dengan pembaca.
Mudah-mudahan
blog ini bukan sekadar menjadi sumber maklumat atau bahan bacaan untuk
pengujung. Tetapi diharapkan agar ia menjadi ladang pahala yang
berterusan juga buat saya melalui segala perkongsian yang baik dari
didalam blog ini.
Pelajar Februari 2017,
Irda Rina Kamarulbahrain
http://irdarina.blogspot.my/?m=0
Comments
Post a Comment