Kempen Silaturrahim Kawan Fb
Tek : Anys Idayu Zakaria
Hidup ini akan menjadi indah jika ada pelangi-pelangi laskar yang
mewarnainya. Kau tahu kawan, di FB juga ada ramai kawan-kawan yang
sering buatkan aku tersenyum dengan gelagat mereka. Malah aku dapat
belajar sesuatu dari mereka walaupun adakala mereka ni sering menghasat
sesama sendiri. Mari aku perkenalkan dulu beberapa orang. Lain hari kita
berkenalan dengan yang lain pula.
.
Azne Omar, atau kau boleh panggil sahaja CPA. Orang Kedah yang dah menetap lama di Johor Bahru. Apa
yang menarik, aku suka tengok beliau kongsi resipi-resipi ringkas yang
selalu buat aku terliur. Disebabkan beliaulah aku terpaksa buat bubur
ayam MCD, dan jemput-jemput nasi. Itu je yang aku mampu buat setakat ni.
Yang lain kau followlah sendiri. Rupanya beliau ada kemahiran
berfotografi. Cantik kau gambar-gambar yang dia post. Memang menggoda
orang yang tak pandai memasak, macam aku ni untuk mencuba masakan yang
dikongsi.
.
Jika kau berhasrat untuk memulakan bisnes dengan berbazar, aku cadangkan kau followlah Nasriah Abdullah.
Dari dunia bisnes offline, online ke dunia bisnes bazar. Insya Allah
beliau dapat bantu dengan tip bisnes bazar yang boleh kau praktikkan.
Dan lagi dengar cerita sekarang sedang sibuk untuk projek raya. Kot la
nak duit geli-geli kau bolehlah usha dia.
.
Bling bling bling
kalau kau buka FB kawan aku seorang ni. Yang ni kau jangan main-main.
Orang kedah juga, taukey emas. Apa-apa info berkaitan jual beli emas,
turun naik semua ko boleh dapat dari Musfarah Ahmad. Zas je info emas semua ada dalam genggaman.
.
Kau berhajat untuk bawa hadiah kasih sayang untuk kedua orang tua di
kampung. Aku cadangkan kau boleh pasang mesin air supaya mudah orang tua
kau bangun pagi-pagi nak sedia minuman. Kau risik-risiklah dengan
MrCuckoo Andy Sulaiman. Supaya kesihatan mereka lebih terjamin, apa kata kau bawa sebotol Jus 7 untuk ibu dan ayah. Kau tengok abang serius Jammal Al Attan, nampak macam garang, tapi dalam hati ada taman gitu.
.
Comments
Post a Comment