Tip Berurusan Dengan Pelanggan

Teks : Anys Idayu Zakaria 

Kita peniaga online, dan ada masanya kita juga pembeli online. Bagaimana kita mahu mereka layan kita dengan baik, kita juga perlu melayan sebaiknya pelanggan kita. Setuju

Kadang kala nak suka bila kita berurusan dengan pelanggan ni. Membelai jiwa mereka gitu, bagi mereka faham betul-betul produk kita ini dapat membantu atasi masalah yang mereka hadapi. Ada masanya dalam sehari tu pelanggan yang datang senang sangat berurusan. Ada masanya yang datang hampir semuanya serius-serius belaka. Ada yang kelakar, tak sempat kita terangkan dia sudah buat icon ketawa gembira. Jadi kita pun ketawa jugalah kan. Apa pun emosi kita perlu stabil, bertenang menjawab soalan. Jika tak pasti cepat-cepat rujuk stokis, rujuk nota atau skrip jualan yang disediakan, supaya tidak tersalah beri maklumat pada mereka. 

Saya doakan semoga kalian yang mencari rezeki melalui perniagaan mendapat pelanggan yang baik semuanya. Dan semoga kita juga dapat berurusan dengan peniaga yang berhemah dan berbudi bahasa. Semahal mana pun produk kita, jika kita melayan pelanggan dengan baik, Insya Allah pasti ada rezeki Allah sudah tentukan untuk kita. Jangan kerana produk kita mahal, kita melekeh-lekehkan mereka yang bertanya, dan tidak mahu membeli, sesudah penat menjawab pertanyaan mereka. 




Comments

Popular Posts