Tuesday, 10 January 2017

Faiz Subri, Pemenang Anugerah PUSKAS FIFA

Teks : Anys Idayu Zakaria 
Foto : Sumber carian FB

 
Tahniah untuk beliau, Faiz Subri,The FIFA Puskas Award. Walaupun saya ni bukanlah peminat setia bola sepak negara atau dunia, tetapi kemenangan beliau satu kebanggaan bagi saya, kerana telah mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Rasanya saya pulak yang menang, asyik tersenyum sepanjang hari ni bila baca berita, dan dengar radio pagi tadi. heheh.
#FaizSubri #PuskasAward

Sebenarnya saya rasa terpanggil untuk berkongsi kisah kemenangan beliau bila beberapa hari lepas sedang membaca beberapa blog, saya terjumpa tentang kisah kemenangan Harith Iskandar, sebagai Pemanang The Funniest Person In The World 2016. Kemenangan beliau yang membanggakan nama negara, juga membawa nama Malaysia ke mata dunia turut mendapat pertikaian sesetengah netizen. Ada juga yang tidak berpuas hati dengan kemenangan beliau, kononnya dengan melawak sahaja pun boleh menang.  

Jika kita tidak mampu untuk buat sesuatu kebanggaan seperti mereka ini, cukuplah hargai mereka dengan ucapan tahniah. Tak perlu mempertikaikan usaha penat lelah mereka berkorban untuk mendapatkan kemenangan tersebut.