Buat Sesuatu Mesti Berguru

Secara peribadi, saya telah beberapakali create blog. Dari zaman anak masih sorang sampai la sekarang anak tiga. Dari medium blog percuma sehinggala sampai tahap beli domain dengan harga ratusan ringgit. Saya sangat bercita-cita tinggi. Hehe

Tapi kesemua blog yang saya create, senyap begitu sahaja. Biasanya cuma ada satu atau dua entri sahaja. Bayangkan kalau saya bina rumah, mesti banyak yang terbengkalai. Tapi berbalik pada cerita blog ni, saya sebenarnya berjaya kenalpasti di mana kesalahan saya. Secara amnya, bukan sahaja blog, apa sahaja yang kita buat, adalah penting untuk kita berguru atau ada mentor supaya kita sentiasa di jalan yang benar dan tidak tersasar atau en route ke tempat lain.

Saya setuju, info untuk set up sesuatu blog boleh di akses dengan sangat mudah secara online dan free, tapi percayalah kita akan sampai satu tahap di mana kita akan terlebih informasi sampai akhirnya kita jadi bertambah sesat. ‘Information overload’. Pelbagai cara dan platform yang boleh di guna oleh beginner untuk create blog tapi pengakhirannya kita susah untuk pilih dan penyudahnya masuk dalam klasifikasi tangguh, maka dalam kes saya, tertangguh selama bertahun-tahun lamanya. Untuk pilih template dan side bar sahaja pun ambik masa beberapa hari, itu belum lagi fikir untuk pengisian entri blog. Sudahnya saya jadi letih dan blog masih terus 'under construction'.

Di rezekikan Allah ternampak iklan Kelas Online Asas Blog. Ya, silakan belajar dari asasnya dahulu. Menariknya kelas ini,tema dan fokus blog akan diberikan berdasarkan analisa. Bukan sakadar syoq sendiri. Kenapa perlu tahu tema dan fokus blog? Kerana inilah asasnya, macam tiang sebagai asas sesuatu bangunan. Rumah yang di dekorasi maha cantik sekalipun jika asasnya tak kukuh, nasib tak baik boleh runtuh.

Kami diberikan ebook sebagai salah satu sumber rujukan da isi kandungan pertama di ebook ini adalah berkenaan analisa utama dan yang paling asas; pengenalan diri seperti nama, jenis pendidikan, pengalaman kerja dan pengalaman bisnes (kalau ada), yang paling penting ialah minat, kemahiran dan kepakaran yang kita ada. Semua ni perlu di analisa untuk pastikan perjalanan blog lebih lancar dan teratur. Ini dipanggil penjenamaan diri, atau ringkasnya bertindak seperti name card elektronik yang dapat di akses secara online. Memudahkan pelanggan atau bakal pelanggan berurusan dengan kita kelak.

Setelah habis baca ebook ni. kita akan jadi lebih teratur dan sistematik. Macam work station kita yang bersepah-sepah (saya la tu), lepas dapat guideline dari mentor dan info dari ebook ini, semuanya lebih tersusun dan terletak elok. Organized!Saya suka. Pemikiran lebih tenang dan idea menulis mengalir lebih laju dan lancar.

Jemput singgah blog Puan Reen.  (reenrinaharyati.blogspot.com)


Kami sudah buka pendaftaran KELAS BLOG FEBRUARI. 10 kekosongan sahaja. Daftar dulu, untuk dapatkan tempat, baca ebook wajib sebelum mula kelas dan menjawab 8 soalan analisa.

Sekiranya daftar kelas ini di bulan Januari, akan dapat bonus 1 lagi ebook 'Inspirasi Bekerja Dari Rumah'. WA 017-7912993 (Anys) untuk pendaftaran. 

Comments

Popular Posts