Alhamdulillah 2017

Teks : Anys Idayu Zakaria
Foto : Anys Idayu Zakaria

Assalamualaikum selamat pagi Ahad. Alhamdulillah syukur sudah seminggu berlalu minggu pertama Januari 2017. Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017. Semoga setiap hari kita sentiasa memperbaharui azam untuk menjadi lebih baik dari hari semalam, perbaiki diri dan hubungan antara Allah dan manusia.
Syukur, tahun 2017 ini nampaknya bakal memberi sinar cahaya dalam hidup saya. Projek bisnes juga masuk bertalu-talu. Terima kasih  Allah, syukur sangat-sangat atas rezeki ini. Insya Allah, matlamat saya masih fokus pada mereka yang nak belajar memulakan bisnes secara online. Untuk belajar penjenamaan di FB dan juga di carian google dengan menggunakan blog. Belajar dan gunakan sebaiknya dua medium percuma ini, Dua medium percuma ini Insya Allah tak menang tangan layan pelanggan. 

 
Permulaan yang baik tahun 2017. Rezeki tahun baru juga, saya terpilih sebagai agen GSL yang berjaya capai sasaran yang ditetapkan Admin GSL, iaitu 100 pendaftaran peserta GSL BATCH VELLFIRE. Alhamdulillah mendaftar 108 orang peserta kesemuanya, dan mereka juga telah berjaya dengan jaya selesai kelas kelmarin.  

Terima kasih banyak Tuan Khairul Zahrin Abd Karim atas ganjaran yang diberikan. Saya doakan semoga GSL akan buat penambahbaikan dengan lebih banyak pengisian untuk peserta dan semoga tahun ini bakal ada kelas GSL semula, kerana BATCH VELLFIRE adalah kelas terakhir 2016.

Semoga kita terus berusaha dengan lebih gigih lagi, kerana ramai antara kita pastinya tidak sabar mahu dapat hasil yang cepat, tetapi sangat tidak ramai yang mahu kekal konsisten dan sabar melakukan sebarang tindakan.  Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang sabar dan konsisten ya.


Aiz,
Yang sentiasa mencipta azam setiap hari. 

Comments

Popular Posts